Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

SingTel didenda $6 juta

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SingTel didenda $6 juta

May 06, 2014 | 07:33 PM

SYARIKAT telekomunikasi SingTel telah disaman $6 juta, denda paling tinggi yang pernah dikenakan ke atas syarikat itu menyusuli kebakaran di bangunan pertukaran Internet di Bukit Panjang pada 9 Oktober tahun lalu.

Pembina rangkaian fiber jalur lebar nasional, OpenNet, dan pengurus amanah perniagaannya, CityNet, juga masing-masing didenda $200,000 dan $300,000, kerana gagal menepati prosedur keselamatan dan pemulihan khidmat.

Denda-denda itu diumumkan Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, IDA sudah tamat siasatannya ke atas insiden kebakaran tersebut yang melumpuhkan khidmat penting, termasuk perbankan, mesin layan diri AXS dan khidmat mendapatkan semula rekod kesihatan, di serata Singapura.

Ia menjejas hampir 270,000 pelanggan berbayar, termasuk pengguna di estet perumahan, agensi pemerintah dan perniagaan sepanjang enam hari dari 9 Oktober tahun lalu.

"IDA telah mendapati SingTel, CityNet dan OpenNet tidak memenuhi tanggungjawab masing-masing, seperti menyediakan sistem telekomunikasi dan khidmat yang berdaya tahan dengan cukup, dan memulihkan khidmat kepada pengguna terjejas secepat mungkin apabila gangguan khidmat berlaku," kata IDA dalam kenyataan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3