Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singtel lancar Broadband Protect lindung peranti bijak dari ancaman digital

Feb 24, 2023 | 08:37 PM



PENGGUNA jalur lebar Singtel akan dilindungi daripada ancaman di wadah digital, selepas syarikat telekomunikasi itu melancarkan sebuah kaedah keselamatan siber baru pada Jumaat (24 Feb).


Broadband Protect yang diterapkan dalam rangkaian jalur lebar Singtel, berupaya mengenal pasti dan menyekat laman Internet yang berbahaya dari semua jenis peranti bijak yang terhubung dalam rangkaian Wi–Fi rumah pelanggan.


Ia akan disediakan percuma bagi pelanggan jalur lebar Singtel bagi tempoh dua bulan pertama dan selepas itu akan mengenakan bayaran kurang $3 sebulan, kata Singtel dalam satu kenyataan semalam.


Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Singtel berkata pelanggan jalur lebar atau ‘broadband’ Singtel sedia ada boleh mengaktifkan Broadband Protect menerusi aplikasi My Singtel App.


Menurut kenyataan itu, Broadband Protect berupaya melindungi semua peranti bijak – seperti komputer riba, telefon bimbit, televisyen bijak, kunci pintu, kamera dan lain-lain lagi - dengan menggunakan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan kaeadah pembelajaran mesin.


Pelanggan akan menerima notis jika mereka memasuki laman web yang berbahaya dan mereka boleh memilih untuk tidak menghambat laman itu atau ‘unblock’ dengan menggunakan My Singtel App jika ia adalah pautan yang diyakini.


Inisiatif tersebut adalah berikut kajian tabiat keselamatan siber pengguna terkini oleh syarikat itu yang mendapati bahawa sembilan daripada 10 pengguna prihatin terhadap keselamatan alat yang mereka gunakan.


Namun hanya tiga daripada 10 orang yang ditinjau menggunakan aplikasi keselamatan dalam peranti mereka, dengan kekurangan dan kesulitan kefahaman dirujuk sebagai sebab mereka tidak berbuat demikian.


“Ciri keselamatan rangkaian, seperti Broadband Protect, menawarkan kaedah perlindungan garisan pertama bagi pelanggan Singtel,” kata Cik Anna Yip, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengguna Singapura, Singtel.


“Kami mengambil bahagian besar dalam komuniti cegah penipuan Singapura, dan kami berkomited menyediakan rangkaian yang selamat dan terjamin dan memainkan peranan kami untuk membina kaedah dan strategi keselamatan siber baru untuk melindungi pelanggan kami supaya mereka dapat menikmati kelebihan teknologi dengan aman,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >