Singtel siasat aduan mengenai bayaran palsu bagi langganan permainan mudah alih

Singtel telah meminta beberapa penyedia kandungan mudah alih pihak ketiga untuk menghentikan aktiviti mereka buat sementara waktu, selepas ia menerima aduan daripada ramai pelanggannya mengenai mesej SMS mengenai bayaran langganan perkhidmatan permainan mudah alih palsu.

Syarikat telkomunikasi tersebut, yang menerima bayaran bagi khidmat kadar premium (PRS) seperti permainan, kuiz, dan pertandingan berkata bahawa ia mempunyai garis panduan yang ketat bagi penyedia kandungan pihak ketiga, dan memerlukan proses pendaftaran tiga langkah, panduan cara untuk menghentikan langganan dan nombor hotline untuk meminta bantuan. 

 Menurut laporan akhbar The Straits Times, pelanggan Singtel memberitahu bahawa mereka menerima pengesahan langanan bagi perkhidmatan mudah alih yang tidak mereka daftarkan. 

Singtel kini berusaha membantu pelanggan yang mungkin menghadapi masalah tersebut, menurut seorang jurucakap.