Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Singtel siasat punca gangguan hampir 24 jam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singtel siasat punca gangguan hampir 24 jam

Dec 05, 2016 | 10:30 AM

SINGTEL sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai punca gangguan seluruh negara hampir 24 jam perkhidmatan jalur lebar gentiannya hujung minggu lalu

Gangguan itu menyebabkan pelanggan kediaman dan beberapa perniagaan tidak dapat mengakses Internet mulai 8.46 pagi Sabtu (3 Dis) lalu.

Singtel berkata ia dapat memulihkan sepenuhnya perkhidmatannya pada 8.25 pagi pada Ahad (4 Dis).

Encik Yuen Kuan Moon, ketua pegawai eksekutif perniagaan pengguna Singapura Singtel, memohon maaf pada Ahad atas gangguan itu dan berkata ia sedang mengambil langkah mengkaji semula proses sedia ada bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang.

Keutamaan segera syarikat telekomunikasi itu ialah memulihkan sepenuhnya perkhidmatan.

"Kami akan menjalankan siasatan terperinci ke dalam apa yang mencetuskan gangguan itu - khususnya mengapa pelayan kami tidak dapat menghantar alamat IP kepada modem pelanggan untuk membolehkan penyambungan jalur lebar," katanya.

"Apabila perkara lebih jelas, kami akan berkongsi dapatan kami dengan pengawal selia dan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan langkah-langkah disediakan bagi mengelakkan kejadian seperti ini."

Singtel sebelum ini menolak serangan halang akses perkhidmatan teragih (distributed denial of service atau DDoS), yang bertindak dengan mendapatkan beribu-ribu komputer yang dijangkiti membanjiri sesebuah laman yang dijadikan sasaran, hingga laman itu akhirnya tidak dapat menampung permintaan trafik yang besar itu, sebagai puncanya.

Encik Aloysius Cheang, pengarah urusan Asia Pasifik persatuan keselamatan pengkomputeran global, Cloud Security Alliance, memberi dua perkara yang mungkin menjadi punca gangguan itu.

Pertama, masalah pada sistem nama domain Singtel (DNS) mungkin menghalang pengguna mengakses laman web.

Kedua, salah satu suis rangkaian Singtel mungkin tidak berfungsi, katanya.

Beliau menambah bahawa sukar untuk menyatakan apakah ia satu kesilapan manusia atau perkakasan.

Singtel berkata semua pelanggan terlibat akan diberi diskaun 10 peratus ke atas langganan jalur lebar bulan ini.

Bayaran data mudah alih tempatan pelanggan jalur lebar terjejas yang juga pengguna perkhidmatan mudah alih Singtel akan diketepikan bagi Sabtu dan Ahad (3 dan 4 Dis).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3