Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singtel, StarHub, M1 akhiri khidmat 3G jelang Julai 2024

Jul 26, 2023 | 04:52 PM



Ketiga-tiga pengendali rangkaian mudah alih yang menyediakan perkhidmatan 3G di Singapura – Singtel, StarHub dan M1 – akan menamatkan perkhidmatan 3G mereka menjelang 31 Julai 2024.

Terdapat kira-kira 100,000 pelanggan 3G dari seluruh tiga syarikat telekomunikasi di sini.

Menurut satu kenyataan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) yang dikeluarkan pada Rabu, perubahan itu dilakukan memandangkan kemajuan dalam teknologi komunikasi mudah alih yang menyaksikan perkhidmatan 3G sebahagian besarnya digantikan oleh 4G dan 5G

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada hari sama, tiga syarikat telekomunikasi itu berkata perkhidmatan yang akan diberhentikan termasuk perkhidmatan suara, mesej dan data yang bergantung pada 3G.

“Dengan pemberhentian rangkaian 3G, pengendali mudah alih akan dapat menggunakan semula beberapa spektrum yang dibebaskan untuk menambah baik perkhidmatan 5G, yang menawarkan kelajuan lebih pantas, daya pemprosesan data lebih tinggi, serta keselamatan dan kebolehpercayaan yang dipertingkat,” kata mereka.

Untuk membantu baki pelanggan 3G bertukar ke rangkaian 4G dan 5G dengan lancar, pengendali rangkaian mudah alih akan menyediakan sokongan kepada pengguna individu dan perusahaan, kata IMDA.

Pengguna individu akan diberi pilihan untuk menukar daripada pelan 3G kepada 4G mengikut terma yang sesuai. Pengendali juga akan menyediakan pelbagai pilihan telefon mudah alih pada harga berbeza.

Pengendali juga akan memberi sokongan kepada pengguna perusahaan untuk beralih dengan lancar kepada 4G atau perkhidmatan alternatif lain, sambil mengurangkan sebarang gangguan kepada perkhidmatan sedia ada.

Peruncit tidak lagi boleh menjual telefon mudah alih 3G dan model 4G yang memerlukan 3G untuk panggilan suara. Ini akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2024, kecuali untuk tujuan eksport.

“Tempoh peralihan satu tahun ini diberi untuk membolehkan pengendali rangkaian mudah alih mendekati dan mengalih baki pelanggan 3G mereka dengan secukupnya sebelum menamatkan perkhidmatan 3G mereka,” kata IMDA.

Pihak berkuasa itu menambah bahawa pelanggan 3G harus menghubungi pengendali rangkaian mudah alih masing-masing untuk mendapatkan maklumat dan bantuan lanjut.

Pelanggan yang masih menggunakan kad SIM 3G sahaja boleh melayari laman web pengendali mereka untuk mengetahui cara menukar kad SIM mereka, kata ketiga-tiga syarikat telekomunikasi itu.

Pada peringkat antarabangsa, pengendali di negara seperti Australia dan Britain juga dijangka menamatkan perkhidmatan 3G menjelang 2024, manakala beberapa negara, seperti Amerika Syarikat dan Malaysia, telah menamatkan perkhidmatan 3G, kata IMDA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >