Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sinovac buka pintu dapatkan vaksin bagi penghidap alahan serius

Jun 07, 2021 | 05:30 AM



GURU sekolah menengah, Encik Ahmad Musta'ain Khamis, menghela nafas lega ketika mendengar berita pihak berkuasa membenarkan penggunaan vaksin Sinovac di bawah Laluan Akses Khusus (SAR) di sini.



Kementerian Kesihatan (MOH) membuat keputusan itu selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) meluluskan penggunaan vaksin Sinovac buatan China, di bawah Senarai Penggunaan Kecemasan.



Mempunyai alahan anafilaksis yang boleh mengancam nyawa, Encik Ahmad, 33 tahun, menerangkan bahawa beliau pada awalnya tidak dibenarkan mengambil vaksin mRNA seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna atas sebab keadaan alahannya.



"Saya telah dikecualikan daripada mengambil vaksin sebelum ini kerana sejarah perubatan anafilaksis, jadi buat masa ini Sinovac adalah satu-satunya huraian yang dapat menawarkan saya perlindungan dari Covid-19.



"Saya pernah mengambil suntikan vaksin untuk selsema dan ia menggunakan teknologi sama digunakan dalam vaksin Sinovac yang mengurangkan risiko saya terkena reaksi anafilaksis," katanya.



Meskipun melakukan langkah-langkah pencegahan tambahan seperti menjaga jarak selamat, mengguna dua pelitup sekaligus, menggunakan sanitiser tangan serta mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM) di sekolah, masih terdapat risiko tinggi dijangkiti virus tersebut.



Mempunyai kontak bersama lebih daripada 100 pelajar setiap minggu di sekolah, Encik Ahmad menambah dengan mengambil vaksin tersebut, beliau ingin memainkan peranan tanggungjawab secara sosial dalam melindungi diri dan orang di sekelilingnya.



Firma penyedia penjagaan kesihatan swasta, IHH Healthcare Singapore akan memohon untuk memanfaatkan bekalan vaksin Sinovac Covid-19 di bawah Kementerian Kesihatan (MOH) dan menawarkannya di beberapa klinik dan hospital tempatan.



MOH berkata institusi jagaan kesihatan privet boleh memohon menjadi penyedia berlesen vaksin Sinovac-CoronaVac di bawah Laluan Akses Khas dan memanfaatkan bekalan 200,000 dos yang dihantar ke Singapura awal tahun ini.



Bagi mereka yang ditolak untuk mengambil vaksin mRNA yang dibenarkan di bawah latihan vaksinasi nasional, individu itu perlu membayar dahulu untuk mendapatkan vaksin sebelum mendapatkan bayaran kembali daripada pemerintah.



Selain itu, oleh kerana vaksin tersebut bukan sebahagian daripada progam nasional, mereka yang memilih untuk mengambil vaksin itu tidak layak menerima bantuan di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) sekiranya mereka mengalami sebarang alahan.



Mengulas mengenai berita ini, Encik Ahmad menjelaskan beliau baru sahaja mendaftar sekali lagi dan sedang menunggu maklumat lebih lanjut sebelum melakukan tindakan yang wajar.



"Sekiranya saya dapat peluang untuk mengambil vaksin mRNA seperti Pfizer-BioNTech, saya akan melakukannya.



"Jika tidak, saya akan mengambil vaksin Sinovac seperti dirancang sebelum ini, meskipun saya perlu membayar untuknya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >