Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siri buku bahasa Melayu bagi sekolah rendah dilancar sempena Fiesta Bahasa 2018

Jul 07, 2018 | 03:59 PM



Siri buku bahasa Melayu bagi pelajar darjah tiga dan empat dilancarkan semasa Fiesta Bahasa pagi tadi.



Berjudul Nabil Nabilah, siri itu merangkumi set 20 buku, dengan setiap buku menceritakan kisah watak Nabil dan Nabilah dalam jalan cerita yang berbeza.

 



Ia ditulis oleh guru-guru bahasa Melayu, dan bertujuan menonjolkan nilai-nilai positif dan murni untuk kebaikan individu, keluarga dan masyarakat mengikut konteks kehidupan Singapura.

 



Misalnya, buku bertajuk ‘Jemput Makan’ dalam siri buku itu mengajar pembaca tatatertib semasa menghadiri majlis perkahwinan dan mengajak mereka mengongsi pengetahuan yang diraih bersama rakan-rakan yang lain.  

 



Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, melancarkan siri buku itu di Fiesta Bahasa anjuran Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) di Canopy@J-Link bersebelahan Perpustakaan Daerah Jurong.

 



Dr Faishal berkata siri buku Nabil Nabilah itu memberi ruang kepada anak-anak muda membaca dan mempelajari aspek kehidupan dalam konteks kehidupan di Singapura.

 



“Ini adalah penting kerana apabila mereka boleh menggambarkan, ia akan meningkatkan lagi tahap pembelajaran mereka bukan saja dalam pembelajaran bahsa Melayu tetapi juga dalam konteks kehidupan dan ini menghidupkan lagi bahasa Melayu kita,” kata beliau, yang juga pengerusi MLLPC.



"Saya harap lama kelamaan, nama Nabil Nabilah ini boleh terus membangun di mana ia menjadi ikon Singapura untuk kanak-kanak dan kanak-kanak boleh melihat Nabil Nabilah sebagai watak yang boleh memberikan nilai-nilai cara kehidupan yang murni, baik, yang boleh kita dapat dalam budaya, bahasa dan kesusasteraan Melayu kita,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >