Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siri cenderamata khas dilancar sempena ulang tahun ke-150 Istana

Feb 06, 2019 | 07:21 PM



SATU siri cenderamata khas dilancarkan sempena ulang tahun ke-150 Istana tahun ini. 



Dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob semasa Rumah Terbuka Istana petang tadi sempena Tahun Baru Cina, Siri 150 Cenderamata Medalion Istana itu bertujuan memperingati sejarah dan warisan monumen Singapura. 



Siri tersebut merupakan kerjasama antara Istana dengan The Singapore Mint.



Ia terdiri daripada pelbagai produk medalion perak dan kad eksklusif yang menampilkan seni bina bangunan dalam perkarangan Istana serta ciri-ciri penting tempat itu.



Sebanyak lapan produk medalion dan kad perak terhad yang memaparkan corak dan cetakan berbeza telah diperkenalkan dalam Siri Cenderahati Istana tersebut.



Ini termasuk lima medalion perak tunggal, satu kad ‘Flashpay’ dan dua set medalion perak khas yang terdiri daripada pelbagai kombinasi medalion tersebut.



Antara corak yang terdapat pada medalion tersebut termasuk reka bentuk bangunan utama Istana yang turut dicetak dengan Lencana Presiden serta upacara penting seperti istiadat tukar pengawal. 



Edisi Cenderahati Terhad Hari Pertama yang boleh didapati sewaktu Rumah Terbuka Istana petang tadi berharga antara $20 hingga $300.



Ketika bertemu media selepas pelancaran tersebut, Presiden Halimah berkata: 



“Medalion yang direka ini adalah berdasarkan reka bentuk bangunan yang ada di Istana dan ia juga memberi sedikit gambaran tentang kegiatan yang sering berlaku selama bertahun-tahun di sini, misalnya istiadat tukar pengawal ataupun Rumah Terbuka Istana.



“Saya berharap ini dapat memberikan secebis kenangan kepada warga Singapura yang kunjung ke Istana. Dengan itu, mereka dapat mengingati legasi Istana ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >