Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Hurai soal mampu atau tidak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SIRI 'MENJANA KEKAYAAN MENERUSI HARTANAH'

Hurai soal mampu atau tidak

Apr 08, 2018 | 05:30 AM

KEMAMPUAN menjadi persoalan utama yang biasa diajukan pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang ingin berpindah ke rumah privet.

Mampukah mereka membeli rumah tersebut?

Berapakah jumlah pinjaman yang boleh diperolehi?

Encik Daniel Lim, Pengarah Penjualan Projek dan Pemasaran Huttons Asia, berkata ejen hartanah bertauliah dapat membuat anggaran serta memberikan nasihat soal kemampuan.

Malah, penting bagi pemilik flat yang menimbangkan membeli rumah privet agar mengongsi maklumat seperti pendapatan tahunan, wang dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF), simpanan lain dan komitmen atau pinjaman yang masih perlu dibayar misalnya pinjaman rumah, kereta dan kad kredit.

Di bawah syarat Nisbah Bayaran Pinjaman Hutang (TDSR), hutang bulanan individu tidak boleh melebihi 60 peratus gaji bulanan kasar.

"Pemilik yang sudah membayar flat HDB sepenuhnya atau hampir habis membayar flat HDB merupakan golongan yang mempunyai keupayaan mendapat pinjaman maksimum sebanyak 80 peratus setelah mengambil kira komitmen kewangan dan pendapatan,'' kata Encik Lim.

Pemilik juga boleh mendapatkan pinjaman maksimum hingga usia 65 tahun.

Jadi, jika seseorang itu berusia 40 tahun, beliau boleh mendapatkan pinjaman perumahan dari bank selama 25 tahun.

Satu lagi pertimbangan ialah simpanan dalam Akaun Biasa (OA) CPF yang boleh digunakan.

Encik Lim berkata pemilik rumah yang membeli hartanah buat kali kedua dan menggunakan CPF perlu memenuhi jumlah persaraan asas yang ditetapkan Lembaga CPF sebelum boleh menggunakan baki OA bagi pembelian hartanah kedua.

Simpanan dalam Akaun Khas (SA) juga boleh diambil kira dalam perhitungan jumlah persaraan asas.

Apabila hartanah itu dijual, duit CPF yang digunakan akan dimasukkan semua dalam akaun CPF, termasuk faedah yang sepatutnya diraih jika duit itu tidak digunakan bagi membeli rumah.

"Kebanyakan pemilik rasa mereka kurang mampu, sedangkan mereka mampu berdasarkan perkiraan.

"Oleh sebab itu, penting mendapatkan nasihat ejen hartanah. Hartanah merupakan pelaburan demi melindungi daripada inflasi.

"Semakin lama ditunggu, tempoh pinjaman juga semakin pendek. Justeru lebih baik pemilik membuat perancangan awal,'' ujar Encik Lim.

Cik Neeza Ali, Pengarah Daerah Bersekutu firma agensi hartanah Huttons Asia, berkata mereka yang menimbangkan membeli rumah privet juga harus tahu mengenai tahap pembayaran bagi hartanah itu.

Bagi membuat tempahan rumah privet, pembeli harus membayar 5 peratus harga rumah secara tunai.

Ini disusuli pembayaran 15 peratus daripada CPF dalam tempoh sembilan minggu selepas tarikh tempahan.

Jika tidak mencukupi, wang tunai harus digunakan.

Pembeli juga harus memperuntukkan cukai setem sebanyak 3 hingga 4 peratus dan bayaran guaman sebanyak $3,000 yang boleh dibayar menggunakan CPF.

Cik Neeza berkata pasangan suami isteri yang mempunyai gaji gabungan minimum $8,000 boleh menimbangkan pembelian rumah privet.

Penjelasan lanjut mengenai pembelian hartanah privet boleh didapatkan dengan menyertai Seminar BH-Huttons bertajuk Menjana Kekayaan Melalui Hartanah, yang akan diadakan Ahad 15 April di Teater The Festive Arts, Our Tampines Hub (OTH).


"Hartanah merupakan pelaburan demi melindungi daripada inflasi. Semakin lama ditunggu, tempoh pinjaman juga semakin pendek. Justeru lebih baik pemilik buat perancangan awal."
- Encik Daniel Lim.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3