Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siri seminar Mendaki perkasa belia bagi kerjaya, masa depan

Feb 20, 2019 | 05:30 AM



PENJENAMAAN peribadi merupakan satu aspek penting yang perlu dimiliki belia apabila mencari pekerjaan hari ini agar mereka kekal menyerlah dan menonjol dalam dunia pekerjaan yang kian sengit sekarang.



Justeru, menyedari kepentingan memiliki kemahiran tersebut, Mendaki telah memulakan Siri Masa Depan (Future of Series - Fos) yang bertujuan memperkasa belia bagi abad ke-21.



Sesi pertama Fos yang diadakan Jumaat lalu bertujuan mendedahkan golongan belia kepada kemahiran insani atau 'soft skill' yang amat diperlukan dalam abad ke-21 bagi mempersiap mereka untuk kerjaya dan masa depan.



Ini termasuk berhubung kepentingan penjenamaan peribadi dan hubungan manusia.



Usaha ini merupakan sebahagian daripada gagasan M Kuasa Tiga (M3) yang melibatkan Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Kerjasama M3 yang bertujuan menggembleng tenaga pelbagai pihak dalam masyarakat itu diperihalkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan pada 19 Ogos tahun lalu.



Dengan bekerjasama dengan pemerintah, M3 boleh mengatasi pelbagai cabaran, kata PM Lee.



Ini termasuk menarik lebih ramai kanak-kanak menghadiri prasekolah, memperkasa dan membimbing belia serta menyokong mereka yang ketinggalan ekoran masalah dadah atau sosial.



Mengulas tentang seminar itu, tetamu terhormat, Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, berkata seminar itu yang dimulakan Mendaki pada 2017 untuk pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kini diluaskan kepada belia secara umum.



"Saya amat berharap sesi ini dapat membantu pelajar daripada pelbagai latar belakang agar dapat samasama meraih ilmu.



"Itulah yang penting dalam M Kuasa Tiga ini, iaitu lebih ramai yang dapat dibantu agar dapat meraih lebih banyak kejayaan bersama," ujarnya.



Tambahnya, empat lagi sesi sedemikian akan dilaksanakan sepanjang tahun ini secara besar-besaran.



AP GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, yang turut hadir dalam sesi tersebut berkata penting bagi belia tidak kira daripada apa jua laluan pendidikan agar terus mempertingkat kemahiran dan merebut peluang pekerjaan sedia ada.



Menjelaskan, Encik Saktiandi menekankan penjenamaan diri itu penting kerana ia memberi gambaran menyeluruh dan jelas kepada majikan tentang bakal pekerja mereka.



"Sebagai pekerja dalam sektor swasta, saya rasa majikan mahu mencari seseorang yang bersikap inovatif, mempunyai sikap mahu belajar, dan keinginan mahu terus menyumbang kepada dunia korporat.



"Justeru, penjenamaan peribadi yang baik merupakan satu tapak permulaan yang penting," katanya.



Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Rahayu Buang, dalam ucapannya menekankan terhadap komitmen Mendaki mahu terus menyokong belia dalam perjalanan mereka agar bersiap sedia bagi masa hadapan.



"Akan ada pekerjaan yang tidak kita ketahui sekarang tetapi ia di dalam senarai pekerjaan yang mungkin sesuai untuk anda sebaik sahaja anda tamat pengajian dan melangkah masuk ke dunia pekerjaan," ujarnya.



Semasa sesi lebih sejam itu, tiga penceramah diundang untuk memberi ilham dan dorongan kepada sekitar 60 belia yang termasuk pelajar ITE, politeknik, universiti dan mereka yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan.



Penceramah yang diundang termasuk pelatih daripada Adam Khoo Learning Technologies Group, Encik Aman Alhamid; Pengarah Latihan Korporat dan Rakan Kongsi FutureMarketer, Encik Ibrahim Musa; dan pengaruh media sosial, Tudung Traveller, Cik Atikah Amalina.



Seorang peserta, Cik Marhamah Senewi, 24 tahun, yang merupakan intern di Majlis Belia Kebangsaan (NYC) berkata sesi sedemikian banyak memberi penerangan terperinci apa yang diinginkan majikan.



"Sebagai belia, kita perlu tahu bagaimana menyerlahkan diri agar dapat mencapai matlamat yang kita inginkan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >