Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siri 'Tanya BH' jawab soalan skim persaraan CPF

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



ADAKAH anda seorang warga lanjut usia yang sedang merancang bagi persaraan, namun bimbang tidak dapat memenuhi Jumlah Persaraan Asas CPF anda?



Usah bimbang kerana sokongan kini disediakan. Warga Singapura lanjut usia berpendapatan rendah hingga pertengahan yang tidak dapat memenuhi Jumlah Persaraan Asas kini boleh menerima sokongan Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS) agar dapat meningkatkan simpanan persaraan.



Di bawah skim itu, pemerintah akan memadankan tokokan tunai yang dibuat kepada warga emas yang layak - dolar untuk dolar - sehingga $600 setahun selama lima tahun.



Lembaga CPF akan menilai kelayakan setiap anggota bagi MRSS setiap tahun secara automatik tanpa memerlukan permohonan.



Anggota yang layak akan dimaklumkan menjelang Februari 2021.



Seramai 440,000 warga akan terima jumlah pemadanan sehingga $600 setiap tahun bagi tokokan tunai kepada Akaun Persaraan CPF. Mereka merupakan sekitar 53 peratus pencarum CPF berusia antara 55 tahun dengan 70 tahun.



MRSS membenarkan sesiapa, termasuk anggota keluarga, majikan atau anggota masyarakat untuk menokok Akaun Persaraan anggota yang layak.



Tokokan itu boleh dibuat di laman CPF atau aplikasi mudah alih myCPF.



Ia juga tidak perlu dilakukan dalam jumlah pukal. Ini bermakna tokokan kecil dan tetap sepanjang tahun menggunakan Giro juga boleh menerima geran pemadanan.



Namun, pemindahan CPF tidak layak untuk menerima geran pemadanan.



Berita Harian dan CPF bekerjasama dalam siri Tanya BH mengenai MRSS yang akan disiarkan 3 Mac ini.



Jika anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan pencerahan lanjut mengenai skim tersebut, kirimkan soalan anda menerusi Whatsapp di talian 8102-2745.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >