Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Siri video dalam talian mengenai pembangunan anak dilancar Mesra PA

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Siri video dalam talian mengenai pembangunan anak dilancar Mesra PA

Apr 25, 2022 | 05:30 AM

SEBUAH siri hiburan pendidikan dalam talian baru yang menyediakan tip dan maklumat kepada ibu bapa mengenai pembangunan anak-anak telah dilancarkan semalam.

Dinamakan Cahaya Mataku, siri oleh Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA) itu akan menampilkan lima episod dalam talian yang akan berkongsi maklumat oleh pakar seperti dalam kesihatan dan pemakanan, pendidikan dan pembangunan kognitif, dan amalan budaya.

Satu episod selama 20 minit akan ditayang di laman Facebook Mesra PA setiap bulan dari Mei hingga September ini.

Siri itu dilancarkan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar; dan Pengerusi Mesra, Cik Amatul Jameel Suhani Sujari, di Kelab Masyarakat Woodlands semalam.

Ditemui media, Dr Maliki berkata kandungan dalam siri video dalam talian itu bertujuan menyediakan ibu bapa, terutama ibu bapa muda, dengan sumber maklumat tentang cara membesarkan anak-anak mereka dengan baik.

"Seluruh siri lima episod ini cuba menyediakan peluang kepada pasangan ibu bapa muda, terutamanya yang berpendapatan rendah, supaya mereka juga boleh diperkasa untuk menjadi ibu bapa yang baik," kata beliau.

Antara maklumat yang akan dikongsi dalam video itu ialah panduan mencari dan menyediakan makanan berkhasiat yang sesuai bagi anak-anak pada peringkat usia yang berlainan, kata Dr Maliki.

Dari segi pendidikan dan pembangunan kognitif pula, Dr Maliki berkata ibu bapa boleh menggunakan barang yang sedia ada di rumah untuk mewujudkan peluang bagi anak-anak belajar.

Contohnya, untuk mendedahkan dan memperkenalkan anak-anak kepada warna, mereka boleh menggunakan pakaian berlainan warna yang ada di rumah.

Siri video itu juga akan menyentuh tentang amalan budaya seperti cukur rambut, dengan Dr Maliki berkata terdapat pelbagai aspek dalam budaya Melayu yang memberi nilai-nilai baik bagi anak-anak dalam peringkat awal.

Sementara itu, Mesra akan memberikan 145 selimut bayi kepada keluarga susah dengan anak-anak bawah usia dua tahun.

Projek dipanggil Perca-Perca Mesra Baby Blanket itu merupakan sebuah inisiatif khidmat masyarakat yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-45 Jawatankuasa-Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan Tahun Meraikan Keluarga Singapura pada tahun ini.

Semalam, sebanyak 100 selimut bayi telah diagihkan, dengan keluarga tersebut turut menerima pek penjagaan merangkumi kad pembelajaran, kain lap bayi dan kuih Hari Raya.

Lebih 240 sukarelawan daripada 30 badan masyarakat seperti MAEC, AMP Singapore, kumpulan silat Politeknik Ngee Ann dan POSB, telah menghasilkan rekaan selimut bayi tersebut dalam 10 bengkel yang dijalankan sejak Januari lalu.

Dr Maliki Osman dan isteri beliau, Cik Sadiah Shahal, juga telah menyumbang dua selimut bayi rekaan mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3