Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat3

PEMARKAHAN BARU PSLE

Sistem baru boleh bantu anak terus bangunkan minat

Kementerian Pendidikan telah mengumumkan perincian semakan pemarkahan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan penempatan menengah satu baru-baru ini. Perubahan itu antara lain bertujuan mengurangkan penekanan berlebihan ke atas keputusan akademik. Ia juga bertujuan tidak terlalu membezakan murid berdasarkan keputusan peperiksaan mereka dan mengiktiraf pencapaian mereka bagi setiap mata pelajaran. Beberapa ibu bapa yang mempunyai anak yang terlibat dalam perubahan itu - yang akan dilaksanakan mulai 2021 - berkongsi pendapat mereka dengan Berita Minggu. Laporan ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg).
Jul 17, 2016 | 05:30 AM

UMURNYA baru mencecah tujuh tahun, tetapi Hifzul Iman Mohammad Hafiz sudah mula bertanya tentang bagaimana puting beliung dan ribut boleh berlaku.

Menurut ibunya, Cik Nur Khairiah Mohd Amin, 33 tahun, anak sulungnya itu menunjukkan sifat ingin tahu dan sering menanyakan pelbagai soalan kepadanya selepas dia membaca buku dan menonton video di YouTube.

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map