Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem baru di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas bagi kesan pemandu yang tidak bayar tol

Nov 20, 2017 | 01:06 PM



SATU sistem baru akan dilaksanakan di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands menjelang tahun depan bagi membantu pihak berkuasa mengesan dan menangkap pemandu yang tidak melunasi tol dan bayaran ketika mereka melepasi imigresen.

Buat masa ini, ia terpulang kepada pemandu untuk membayar tol ketika mereka berhenti di kaunter imigresen bagi proses pemeriksaan pasport. Mereka membayar dengan memasukkan kad 'CashCards' atau 'Autopass' ke dalam mesin pembayaran yang diletakkan di bahagian luar kaunter tersebut.

Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan(ICA) Singapura yang ditempatkan di kaunter tersebut bertanggungjawab hanya untuk pemeriksaan imigresan dan keselamatan pelancong sebelum palang rintangan dinaikkan sejurus ia selesai.

Di bawah sistem baru, pemandu akan mendapat amaran yang mencukupi bagi membayar tol. Jika bayaran tidak dibuat, akan ada kelewatan sebelum palang rintangan dinaikkan seiring peringatan mesej dalam bentuk audio.

Kemudian, pegawai penguatkuasa yang bertugas dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan dimaklumkan sekiranya pemandu masih gagal membayarnya.

Langkah penguatkuasaan, yang LTA dedahkan kepada akhbar The Straits Times baru-baru ini, akan dapat terus menangani masalah pemandu yang menipu dalam soal pembayaran tol. Ia merupakan langkah lebih ketat menyusuli penalti yang diperkenal pada Ogos tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >