Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem bijak dipertingkat mampu ramal hujan lebih tepat

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH sistem bijak dipertingkat yang mampu meramalkan hujan di sini dengan lebih tepat akan diperkenalkan pada suku pertama 2022, sekali gus meningkatkan peralatan yang dimiliki negara ini untuk memberi tindak balas pantas terhadap banjir kilat.



Semasa berucap di Parlimen, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata peningkatan terhadap sistem pemantauan dan ramalan hujan akan membantu agensi air negara, PUB, antara lain, dalam melaksanakan langkah-langkah menghalang banjir.



Biasa digunakan bagi memantau cuaca setempat dan kawalan lalu lintas udara, radar ini akan mengumpulkan data yang kemudian dimasukkan ke dalam sistem setiap dua minit untuk meramalkan pergerakan, pertumbuhan dan kelembapan cuaca mendung.



Cik Fu berkata maklumat mengenai banjir dan penutupan jalan dapat disampaikan kepada pemandu dan orang awam menerusi wadah media sosial serta Sistem Penasihat Pemantauan Lebuhraya Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



"Langkah-langkah ini juga akan membantu membangun kesiapsiagaan terhadap peristiwa cuaca yang buruk dan memperkukuhkan lagi ketahanan masyarakat, sedang kita mendapatkan nasihat dan peringatan cuaca serta menyesuaikan jadual harian kita dengan sewajarnya," kata beliau.



Cik Fu berkata demikian menyusuli beberapa kejadian banjir di Singapura sejak beberapa bulan yang lalu disebabkan oleh hujan lebat yang berlebihan.



Beliau juga berkata PUB telah melaburkan hampir $2 juta bagi kerja penyaliran sejak sedekad lalu, dan mengurangkan kawasan yang dilanda banjir di Singapura dari 3,200 hektar pada tahun 70-an, hingga menjadi 28 hektar hari ini.



Sebanyak $1.4 bilion lagi akan dilaburkan selama lima tahun akan datang bagi kerja-kerja pembaikan sistem saliran.



Sementara itu, merujuk kepada banjir yang berlaku di persimpangan Tampines Avenue 10 dan Pasir Ris Drive 12 pada 20 Ogos lalu, Cik Fu berkata siasatan PUB menunjukkan bahawa kontraktor yang melakukan kerja pelebaran jalan di sepanjang Tampines Avenue 10 telah mengubah sistem saliran awam.



Ini dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa.



PUB berkata pada hujung minggu bahawa pihaknya akan mengambil tindakan terhadap syarikat pembinaan Samwoh di bawah Akta Pembetungan dan Saliran kerana kerja-kerja penyaliran yang tidak dibenarkan.



Memberitahu Parlimen, Cik Fu berkata: "PUB memandang serius semua kerja yang menjejas sistem saliran awam kita.



"Kami telah mengingatkan semua kontraktor untuk mematuhi syarat dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kontraktor yang melakukan kesalahan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >