Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem bijak teksi baru guna sensor kesan penumpang

Nov 05, 2014 | 07:52 PM



SATU ujian selama setahun telah dimulakan ke atas satu sistem bijak yang bertujuan mengurangkan masa menunggu teksi.


Sistem Maklumat Teksi (TIS) itu akan menggunakan sensor untuk mengesan penumpang di tempat menunggu teksi dan kamera bagi memaparkan berapa ramai orang sedang menunggu teksi.


Ia akan dilaksana di tujuh tempat menunggu teksi di serata Singapura, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan semalam.


Tujuh tempat itu ialah Harbourfront Centre, Hitachi Towers, Keck Seng Tower, Lucky Plaza, Ngee Ann City, OG People's Park dan VivoCity.


Rakaman masa nyata di tempat menunggu teksi itu akan disediakan dalam talian di www.mytransport.sg atau aplikasi telefon mudah alih MyTransport.SG.


Maklumat tentang masa menunggu purata di tempat itu akan turut disediakan menjelang akhir tahun ini


LTA berkata pada peringkat awal ujian tersebut, sistem direka untuk memberitahu pusat panggilan syarikat teksi secara automatik apabila 15 orang atau lebih sedang beratur, dan apabila waktu menunggu melebihi 15 minit.


"Pusat panggilan pula boleh menyiarkan maklumat itu kepada pemandu mereka untuk menggalak teksi kosong singgah di tempat menunggu teksi yang terhadap permintaan tinggi," ujar LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >