Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem BioScreen baru ambil cap jari pelawat di pusat pemeriksaan bermula 20 Apr

ICA
Apr 18, 2016 | 11:49 AM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sedang bersiap untuk melancarkan sistem BioScreen baru, yang mengambil cap jari pelawat yang tiba dan berlepas di pusat pemeriksaan di Singapura, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan meningkatkan tahap keselamatan.



Bermula Rabu (20 April) ini, sistem itu akan diperkenal secara berperingkat di dewan penumpang pusat pemeriksaan laut dan darat.



Pusat pemeriksaan udara akan menyusuli tidak lama kemudian bagi pelaksanaan penuh BioScreen pada bulan-bulan akan datang, kata ICA.



Menurut ICA, sistem itu, yang menjalani percubaan yang berjaya di Terminal Feri Tanah Merah tahun lalu, akan membolehkannya mengukuhkan pengesahan identiti pengembara.



Mereka yang berumur enam tahun ke atas yang menggunakan kaunter yang dikendalikan di pusat pemeriksaan imigresen perlu mengimbas kedua-dua cap jari mereka semasa tiba dan berlepas.



Fasa awal di pusat pemeriksaaan darat di Woodlands dan Tuas akan melihat sistem itu dilaksana di kaunter yang dikendalikan dalam dewan penumpang. Pelepasan BioScreen bagi pemandu akan dilaksana pada masa akan datang.



Warga Singapura dan penduduk yang menggunakan Sistem Pelepasan Imigresen Automatik (eIACS) dipertingkat atau lorong pelepasan automatik untuk berlepas dan ketibaan tidak akan terjejas oleh pelaksanaan BioScreen.



Hanya mereka yang menggunakan kaunter yang dikendalikan di pusat pemeriksaan dikehendaki memberi cap jari mereka melalui sistem tersebut.



Wajib bagi pelawat asing mengimbas cap jari mereka setiap kali mereka tiba dan berlepas Singapura.



ICA berkata pelancong mungkin mengalami masa pemeriksaan imigresen lebih panjang di pusat pemeriksaan berikutan pelaksanaan BioScreen.



Ia berjanji akan memantau sistem itu dengan teliti, dan akan memperbaiki dan menyesuaikan pelan pelaksanaan di mana perlu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >