Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

PARLIMEN

Sistem dalam talian bagi daftar Surat Kuasa Berkekalan dilancar 14 Nov

Masagos: Sistem Pejabat Penjaga Awam Dalam Talian (OPGO) dipastikan mesra pengguna warga tua dan kurang celik IT
Nov 08, 2022 | 05:30 AM



SISTEM Pejabat Penjaga Awam Dalam Talian (OPGO) bagi mengisi Surat Kuasa Berkekalan (LPA) dengan lebih mudah dan selamat akan dilancarkan pada 14 November, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Parlimen semalam.



Encik Masagos berkata dalam mereka bentuk perkhidmatan dalam talian itu, perhatian tambahan telah diberikan terhadap warga emas dan mereka yang kurang selesa menggunakan teknologi.



"Oleh itu, borang permohonan terdiri daripada soal selidik yang mudah dan akan memberi panduan kepada para pengguna untuk membuat LPA mereka.



"Arahan juga menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dan ia juga boleh didapati dalam bahasa-bahasa rasmi yang lain," ujar beliau yang menyatakan sistem perkhidmatan itu telah diuji oleh pengguna yang lebih tua yang telah melaporkan keyakinan untuk menggunakan sistem tersebut.



Encik Masagos menambah bahawa para pengguna juga boleh menonton video panduan yang memberikan langkah demi langkah dalam empat bahasa rasmi dan panduan rujukan pantas untuk membantu mereka dalam penggunaan perkhidmatan dalam talian itu.



Beliau berkata demikian dalam respons kepada pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) mengenai langkah-langkah yang akan diambil untuk membantu dan menggalakkan para pemohon yang lebih tua dan mereka yang tidak mahir dalam teknologi untuk menggunakan sistem OPGO itu.



Encik Masagos berkata Pejabat Penjaga Awam (OPG) juga sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menyediakan bantuan di lokasi-lokasi yang mudah.



"Para penduduk yang memerlukan bantuan boleh mendekati semua Pusat PerkhidmatanSG, pusat CitizenConnect(CCC) dan OPG.



"Para pegawai di pusat-pusat itu boleh membantu mereka dalam permohonan LPA secara dalam talian," kata beliau yang menyatakan kakitangan Pusat Kegiatan Warga Emas dan rumah-rumah jagaan juga boleh memberi nasihat kepada para penghuni yang memerlukannya.



Memberikan respons kepada pertanyaan beberapa AP mengenai usaha menggalakkan lebih ramai warga mendapatkan LPA, Encik Masagos menyatakan bahawa telah adanya peningkatan ketara dalam pendaftaran LPA sejak ia diperkenalkan.



"Pada 2013, sekitar 2,200 warga Singapura telah mendaftarkan LPA dan pada 2021, lebih 32,000 telah melakukan sedemikian," kata beliau yang turut menambah bahawa hampir 95 peratus daripada 153,000 rakyat Singapura yang telah mendaftarkan LPA mereka telah bermanfaat daripada pengecualian yuran permohonan.



Encik Masagos juga menyatakan bahawa usaha akan ditingkatkan lagi untuk membantu rakyat Singapura menghargai kepentingan perancangan awal bagi LPA.



OPG dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) akan menjalankan kempen publisiti dan pendekatan dari tahun hadapan hingga 2025 untuk menggalakkan rakyat Singapura, terutamanya mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas membuat rancangan LPA dan penjagaan lanjutan mereka.



Pendekatan ini akan melibatkan duta Generasi Warga Emas.



"Kami gembira dapat bekerjasama dengan mereka untuk mempromosikan perkara ini kepada para penduduk mereka.



"Kami akan mempertimbangkan bagaimana latihan surat mel boleh dijalankan dengan cara yang berkesan dari segi kos," kata beliau.



Beliau juga menyatakan bahawa anggota keluarga memainkan peranan penting untuk mendekati dan menggalakkan orang yang mereka sayangi untuk membuat LPA dengan lebih awal.




"Oleh itu, borang permohonan terdiri daripada soal selidik yang mudah dan akan memberi panduan kepada para pengguna untuk membuat LPA mereka.



Arahan juga menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dan ia juga boleh didapati dalam bahasa-bahasa rasmi yang lain."



- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengenai sistem Pejabat Penjaga Awam Dalam Talian (OPGO) bagi mengisi Surat Kuasa Berkekalan (LPA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >