Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem di pusat penyakit berjangkit baru mampu kesan mereka yang terjejas oleh wabak

Sep 07, 2019 | 04:07 PM



Di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) baru, semua pesakit, pengunjung dan anggota kakitangan akan dikesan melalui ‘mata’ elektronik.


Jika wabak menular, sistem lokasi langsung ini membolehkan doktor mengenalpasti mereka yang pernah disentuh atau pernah berada berhampiran pesakit yang dijangkiti, di mana interaksi tersebut berlaku dan berapa lama.


“Perkara paling penting adalah kepantasan,” kata Profesor Leo Yee Sin, pengarah eksekutif pusat tersebut.


“Dalam tempoh masa yang pendek, kami boleh mengenalpasti jenis interaksi antara individu berlainan.”


NCID yang menempatkan 330 katil, direka dengan keupayaan untuk menghadapi wabak yang menyebar luas seperti Sars, dan menggantikan Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) lama di Moulmein Road.


NCID dibuka secara rasmi hari ini oleh Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, yang menekankan peranan pusat itu dalam menghadapi wabak di peringkat nasional.


Katanya penyakit baru, seperti flu burung atau ‘avian influenza’, akan terus timbul di banyak bahagian dunia.


“Cabaran penyakit berjangkit ini mengingatkan kita bahawa Singapura harus terus mengukuhkan keupayaan dalam menguruskan penyakit berjangkit, serta kekal berwaspada menghadapi ancaman ini,” kata Encik Gan.


Pusat tersebut menempatkan kemudahan penjagaan klinik, kesihatan awam dan prasarana latihan dan kajian. Ia mula beroperasi akhir tahun lalu. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >