PEMERINTAH sudah bersedia menggubal undang-undang bagi perubahan kepada sistem Presiden Dipilih (EP) agar sistem baru itu dapat dilaksana semasa Pilihan Raya Presiden akan datang.
Dalam satu wawancara dengan stesen televisyen setempat, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata proses perbincangan bagi perubahan kepada EP telah berjalan buat satu masa yang agak lama, sejak ia kali pertama ditimbulkan beliau semasa sesi pembukaan Parlimen Januari lalu.