Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem isyarat baru di Laluan Utara-Selatan secara bertahap mulai Mac

Jan 20, 2017 | 12:36 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) akan melaksanakan sistem isyarat baru di Laluan Utara-Selatan secara bertahap-tahap mulai Mac ini.



Sistem itu - yang membolehkan kereta api bergerak lebih cepat pada jarak interval daripada 100 saat berbanding 120 saat - akan beroperasi di masa sibuk dahulu dengan penumpang lebih rendah, menurut LTA pada Jumaat (20 Jan).



Ia misalnya dilakukan pada jam terakhir perkhidmatan kereta api dan pada hari Ahad.



Sistem ini kemudian akan diperluaskan kepada waktu sibuk.



Pelaksanaan secara bertahap itu perlu bagi menangani kemungkinan sebarang masalah peringkat awal, jelas LTA.



"Memandangkan kerja-kerja isyarat semula itu rumit, dan pengendali kereta api antarabangsa berkata terdapat masalah peringkat awal dalam projek mereka, LTA akan menggunakan sistem isyarat baru itu secara beransur-ansur," kata LTA.



Dengan sistem isyarat baru itu, kereta api akan dapat berfungsi pada jarak lebih dekat, meningkatkan kapasiti dan menyediakan perjalanan kurang sesak kepada penumpang.



Di Laluan Timur-Barat, lebih 85 peratus kerja-kerja-isyarat semula telah siap dan dijangka beroperasi pada 2018, menurut LTA.



Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan, merasmikan tamat program penggantian palang pada laluan North-South pada Jumaat (20 Jan).



Projek menggantikan palang kayu dilandasan dengan paling konkrit bermula pada Ogos 2013 dan selesai Disember lalu.



Ia adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan kebolehpercayaan NSEWL - sistem tertua dan sudah berfungsi 30 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >