Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem pemarkahan baru bagi nilai 'kelayakan' karyawan asing

Had siling gaji bagi caruman CPF akan dikaji bagi pastikan warga cukup simpanan persaraan: Tan See Leng
Mar 05, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memperkenalkan satu sistem pemarkahan baru untuk menilai secara lebih menyeluruh karyawan asing yang ingin dibawa masuk oleh syarikat di Singapura.



Rangka kerja itu yang dikenali sebagai Rangka Kerja Penilaian Pelengkap (Compass) akan menilai usaha syarikat menggajikan pekerja setempat serta meningkatkan kepelbagaian warga negara pekerja mereka.



Calon Pas Pekerjaan (EP) akan dinilai berdasarkan enam kriteria - gaji dan kelayakan berbanding karyawan setempat; kelayakan calon; kepelbagaian kewarganegaraan dalam syarikat; serta sokongan syarikat dalam menggajikan pekerja setempat.



Rangka kerja itu akan digunakan bagi permohonan EP baru bermula 1 September 2023, serta pembaharuan pas dari 1 September 2024.



Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, dalam perbahasan belanjawan kementeriannya semalam menegaskan bahawa rangka kerja baru itu bukan bertujuan untuk menyukarkan lagi perniagaan dalam mendapatkan tenaga kerja EP.



"Ia (Compass) direka untuk menjadi sistem yang telus, supaya perniagaan mempunyai kejelasan dan kebolehramalan bagi perancangan tenaga kerja. Compass bukan direka untuk menjadikannya lebih sukar untuk perniagaan mendapatkan EP. Majoriti permohonan hari ini mungkin tidak mempunyai isu," jelasnya di Parlimen semalam.



"Ada firma, bagaimanapun, perlu membuat penyesuaian... dan mereka tahu dengan jelas aspek mana yang perlu diperbaiki," tambahnya lagi.



Pemohon EP pada masa hadapan perlu menjalani dua tahap.



Pertama, pemohon perlu memenuhi gaji kelayakan dan kedua, meraih markah sekurang-kurangnya 40 mata di bawah Compass.



Langkah itu merupakan sebahagian daripada siri perubahan dasar bagi mengukuhkan dan merangsang teras pekerja Singapura, yang kemudian dilengkapi dengan tenaga kerja asing yang berkualiti tinggi dan pelbagai.



Dalam perbahasan semalam, Dr Tan turut mengumumkan had siling gaji yang digunakan untuk menentukan caruman kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan dikaji semula, sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kecukupan persaraan rakyat Singapura.



Namun pemerintah mesti menilai dengan teliti sebarang saranan untuk menggunakan secara lebih liberal simpanan anggota CPF kerana ia perlu terus melindungi wang yang diketepikan rakyat Singapura buat hari tua, katanya sebagai respons kepada Anggota Parlimen (AP) semasa perbahasan belanjawan kementeriannya.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, pula berkata bahawa satu jawatankuasa sedang menimbangkan idea yang memerlukan syarikat platform membuat sumbangan kepada CPF demi menyokong keperluan persaraan dan perumahan pekerja platform.



Menurut Dr Koh, syarikat platform telah menimbulkan keprihatinan bahawa langkah sedemikian akan menyebabkan kenaikan pada kos perniagaan secara tiba-tiba.



"Satu pilihan yang sedang dipertimbangkan ialah pendekatan berperingkat yang akan memberi masa kepada ekosistem platform untuk menyesuaikan diri," kata Dr Koh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >