Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem Pembetungan Terowong Dalam bebas penggunaan tanah negara

Apr 20, 2021 | 05:30 AM



APABILA siap dibina pada 2025 nanti, Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) akan menjadi salah satu prasarana penting nasional dan membebaskan tanah di negara yang mempunyai kawasan tanah yang terbatas ini.



DTSS merupakan rangkaian pembetung terowong dalam yang menggunakan graviti untuk menyalurkan air terpakai ke tiga loji rawatan terpusat, di mana air itu dibersihkan untuk menghasilkan NEWater.



Dirancang lebih dua dekad lalu, projek ini bertujuan mempertingkat daya ketahanan air Singapura, dengan sistem itu akan membolehkan negara ini menangkap setiap titis air dengan lebih baik untuk digunakan semula.



Ia dibina dalam dua fasa, dengan fasa pertama selesai dibina pada 2008 dan bernilai $3.4 bilion. Fasa pertama itu melibatkan lebih 100 kilometer terowong dan pembetung penghubung bagi bahagian utara dan timur Singapura.



Kerja bagi fasa kedua pula, yang akan menyalurkan air terpakai dari bahagian tengah dan barat Singapura ke Loji Reklamasi Air Tuas baru, bermula pada 2017.



Sehingga April tahun ini, sekitar 24 kilometer daripada sistem pemindahan 100 kilometer bagi fasa kedua telah selesai dibina.



DTSS juga merupakan projek yang pertama sejak 1990-an di mana pemerintah akan membayar menerusi peminjaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >