Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem pencen S'pura terbaik di Asia: Indeks global

S'pura di tempat 7 dari 39 sistem gaji persaraan berdasar faktor kecukupan, integriti dan daya tahan
Oct 21, 2020 | 05:30 AM



SATU ranking sedunia yang menilai sistem gaji persaraan, sekali lagi memberi Singapura kedudukan teratas di Asia.



Singapura juga ditempatkan pada kedudukan ketujuh di dunia.



Ranking diterbitkan berlatar keprihatinan mengenai kesan pandemik Covid-19 terhadap wang pencen, dengan sumbangan dijangka dikurangkan, hasil pelaburan yang lebih rendah dan hutang pemerintah yang lebih tinggi.



Laporan Indeks Pencen Sedunia Institut CFA Mercer itu meneliti 39 sistem gaji persaraan - yang merangkumi hampir dua pertiga penduduk dunia - menggunakan data awam yang digabungkan dengan respons yang dikumpulkan antara Mei dengan Julai lalu.



Ranking itu didahului Belanda, diikuti Denmark dan Israel.



Indeks itu menilai setiap sistem persaraan menerusi faktor-faktor kecukupan, integriti dan daya tahan.



Kategori kecukupan antara lain menilai manfaat yang diberi suatu sistem, kadar simpanan dan pemilikan rumah, bagi memastikan ia memberi pendapatan yang memadai dalam persaraan.



Faktor integriti pula mengambil kira undang-undang, pentadbiran, kos operasi dan perhubungan, sementara ukur tara daya tahan menilai sama ada suatu sistem boleh bertahan bagi masa depan.



Singapura menduduki ranking ketujuh bagi faktor kecukupan; ke-11 bagi integriti dan ke-12 bagi daya tahan.



Ia adalah sistem persaraan terbaik di Asia, diikuti Hong Kong dan Malaysia.



Penulis kajian Dr David Knox berkata Singapura mendapat kedudukan yang baik kerana ia mempunyai sistem mampan - Tabung Simpanan Pekerja (CPF) - yang ditadbir dengan baik dan melindungi semua penduduk di sini yang bekerja.



"CPF juga mempunyai tumpuan pada anuiti yang bermakna Singapura mempunyai sistem yang berdasarkan gaji, diiringi wang yang diketepikan bagi masa depan," kata Dr Knox, yang turut merujuk kepada Pendapatan Sepanjang Hayat Bagi Orang Yang Lanjut Usia CPF atau CPF Life.



CPF Life memperuntuk pembayaran bulanan sepanjang hayat apabila anggotanya berusia 65 tahun.



Laporan itu juga berkata pemerintah Singapura telah melaksanakan perubahan pada skim CPF pada 2016, termasuk memberi kelonggaran untuk anggota mengeluarkan wang pencen persaraan, selain menambah kadar sumbangan dan faedah tertentu, kata Dr Knox, seorang rakan kongsi kanan di Mercer.



Singapura mengekalkan gred 'B' yang menyatakan sistem pencen di sini kukuh, tetapi masih boleh diperbaiki.



Encik Chong Chee Loong, ketua jabatan yang antara lain menilai kadar kekayaan dan aset di Singapura, berkata sistem di sini boleh dipertingkat dengan mengurangkan halangan untuk membentuk pelan persaraan korporat berkumpulan dengan cukai yang diluluskan dan menambah usia di mana anggota CPF boleh menggunakan simpanan persaraan.



"Sistem ini juga boleh diperkukuh dengan menawar CPF kepada bukan penduduk yang bekerja di Singapura, kerana mereka membentuk sebahagian penting tenaga kerja di sini," tambah beliau.



Encik Chong berkata bahawa pemerintah memberi tumpuan untuk melindungi perniagaan dan warga Singapura semasa pandemik ini dan dalam usaha itu, telah meneliti cara memperkukuh sistem pencen.



Ini termasuk menangguh rancangan untuk menambah kadar sumbangan CPF bagi pekerja berusia ke 1 Januari 2022.



Ia juga mengumumkan skim Imbangan Peralihan CPF, yang membiayai separuh kenaikan kadar sumbangan CPF majikan selama setahun, dan ini ditentukan berdasarkan gaji pekerja yang dibayar sehingga gaji maksimum CPF iaitu $6,000 sebulan, pada 2022.



Kajian ini ditaja oleh Institut CFA - persatuan sedunia bagi karyawan pelaburan - dengan kerjasama Pusat Monash bagi Pembelajaran Kewangan dan firma konsultan sedunia Mercer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >