Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem pendidikan perlu liputi peluang timba ilmu sepanjang hayat: Chun Sing

Feb 11, 2022 | 05:30 AM



RENTAK meraih kemahiran dan pengetahuan baru perlu dipertingkat sedang warga Singapura berdepan hakikat perlu bertukar kerja setiap lima tahun, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Beliau menambah sekitar 20 peratus hingga 25 peratus tenaga pekerja tempatan Singapura yang merangkumi sekitar tiga juta orang, mungkin perlu mempertingkat kemahiran setiap tahun, iaitu sekitar separuh juta pekerja dewasa setiap tahun.



Untuk melakukan demikian, definisi kejayaan bagi sistem pendidikan perlu berubah, kata Encik Chan dalam satu ucaptama di Forum Pendidikan The Straits Times 2022, dengan kerjasama bersama Universiti Pengurusan Singapura (SMU) secara hibrid, semalam.



Presiden SMU, Cik Lily Kong dan Encik Andreas Schleicher, yang merupakan pengarah bagi pendidikan dan kemahiran serta penasihat utama dasar pendidikan kepada setiausaha agung di Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, juga telah mengambil bahagian dalam satu perbincangan bersama Encik Chan semasa forum itu, membincangkan tentang masa depan universiti.



Menerangkan, Encik Chan berkata sistem pendidikan terutama universiti perlu berubah, bukan sekadar memberikan respons dan reaksi tetapi juga menjangkakan, menyesuaikan diri dan mara ke hadapan.



"Definisi kejayaan bagi sistem pendidikan kita tidak boleh sekadar sejauh mana kita bersedia mempersiap kohort sebanyak 30 hingga 40 ribu pelajar setiap tahun bagi pasaran buruh.



"Sepatutnya ia adalah sejauh mana baik kita dapat melakukan demikian serta latihan dan peningkatan semula bagi sekitar setengah juta pelajar dewasa setiap tahun," kata Encik Chan.



Ini boleh dilakukan dengan memastikan pembelajaran berterusan selain melepaskan diri daripada idea bahawa terdapat laluan yang telah digariskan untuk mencapai kejayaan.



"Kejayaan tidak pernah statik. Kepentingannya berkurangan berhubung bilangan pelajar dalam sesebuah kohort yang beralih ke universiti dan politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal.



"Apa yang menjadi lebih penting, ialah bagaimana pelajar kita boleh meraih ijazah sarjana muda, diploma, diploma siswazah dan juga modul bertindan dan sijil pentauliahan mikro sepanjang dan pada saat relevan kehidupan mereka untuk memenuhi keperluan kehidupan yang kerap berubah," ujarnya.



Beliau turut menambah bahawa kemahiran dan pengetahuan perlu digabungkan untuk mewujudkan nilai dalam pasaran yang kian berubah.



Di samping itu, Encik Chan berkata sistem pendidikan perlu mengurangkan masa untuk memasarkan kemahiran dan pengetahuan.



LAPORAN SELANJUTNYA: Varsiti harus tumpu pada lulusan pengajian, latih semula pelajar dewasa: Chun Sing




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >