Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem pendidikan S'pura rangsang mobiliti sosial

Ye Kung: Pemerintah akan bantu pelajar penuhi potensi tidak kira latar belakang
Oct 25, 2018 | 05:30 AM



PENDIDIKAN di Singapura kekal merangsang mobiliti sosial dengan membolehkan pelajar daripada latar belakang sosioekonomi lebih rendah meningkatkan prestasi mereka, sedang pelajar cemerlang Singapura juga antara yang terbaik di peringkat sejagat.



Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, berkata meskipun terdapat keprihatinan mengenai ketidaksamaan, negara ini tidak harus mengabaikan sistem meritokrasi yang telah meningkatkan kehidupan ramai keluarga.



Sebaliknya Singapura harus terus memperkukuh dan memperhalusi sistem tersebut.



Mengulas laporan Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang dikeluarkan kelmarin, Encik Ong semalam berkata:



"Sedang kita membantu pelajar cemerlang untuk meraih pencapaian lebih tinggi, Singapura melakukan sedaya upaya memastikan setiap pelajar memenuhi potensi mereka."



Beliau menyebut dapatan laporan OECD itu yang menunjukkan sekitar 50 peratus daripada pelajar kurang bernasib baik di Singapura meraih prestasi lebih baik daripada yang dijangka oleh latar belakang keluarga mereka, berbanding purata OECD sebanyak 30 peratus.



Lebih 40 peratus pelajar kurang bernasib baik di Singapura juga meraih markah baik dalam kemahiran teras seperti membaca dan matematik, berbanding purata OECD sebanyak 25 peratus.



Namun, Encik Ong akur masih ada lagi ruang bagi peningkatan, antaranya untuk mengatasi trend kurang sihat lebih ramai pelajar daripada latar belakang kurang bernasib baik atau lebih baik yang tertumpu di sekolah tertentu.



Tahun lalu, Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan langkah memperuntukkan 20 peratus daripada tempat menengah satu di sekolah bagi pelajar yang tidak mempunyai hubungan dengan sekolah itu.



Selain itu, MOE menyalurkan sumber dan sokongan secukupnya kepada semua sekolah, meningkatkan bantuan kewangan bagi pelajar daripada keluarga susah, serta membuat pelaburan besar dalam pendidikan prasekolah.



Encik Ong berkata demikian dalam satu jamuan malam badan kebajikan Equal-Ark, yang menawarkan khidmat pemuliharaan menggunakan kuda terapi kepada golongan seperti belia berisiko, individu berkeperluan khas, serta warga emas yang murung atau mempunyai demensia.



Dalam ucapannya, Encik Ong berkata dengan lebih ramai keluarga yang berjaya, ibu bapa menyalurkan banyak sumber untuk pendidikan anak mereka.



Hasilnya, kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang mempunyai garis permulaan berbeza.



"Lebih banyak kita membantu keluarga, lebih sukar untuk meningkatkan kehidupan mereka yang kekal miskin.



"Secara paradoksnya, cabaran ini adalah hasil daripada kejayaan, dan bukan kegagalan dasar kita," jelas Encik Ong.



Oleh itu, Singapura tidak harus mengabaikan falsafah dan dasar yang telah diperkenalkan, tetapi sebaliknya terus membuat penyesuaian dan meningkatkan dasar sedia ada untuk mengikut peredaran masa.



Malah, Singapura harus terus meningkatkan komitmennya terhadap meritokrasi, dengan beralih daripada tumpuan sempit terhadap pencapaian akademik, untuk meraikan pelbagai kemahiran, bakat dan kekuatan.



"Ini harus membawa kepada perubahan nyata dari segi cara kita mengambil pekerja, menempatkan pelajar ke pengajian tinggi, memberi anugerah dan biasiswa, serta menghormati warga Singapura yang lain," ujar Encik Ong.




"Sedang kita membantu pelajar cemerlang untuk meraih pencapaian lebih tinggi, Singapura melakukan sedaya upaya memastikan setiap pelajar memenuhi potensi mereka."
- Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >