Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem pengurusan antirasuah menurut piawaian S'pura dilancar

SPRING and CPIB lancar SS ISO 37001 untuk bantu syarikat tempatan tangani risiko
Apr 12, 2017 | 11:39 AM



USAHA menangani amalan rasuah di negara ini terus dipertingkat dengan agensi penggalak keusahawanan, SPRING Singapore bersama-sama Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), melancarkan sebuah sistem pengurusan antirasuah menurut Piawaian Singapura (SS) ISO 37001 - Keperluan beserta bimbingan untuk penggunaannya, hari ini.



Dengan pelancaran ini, syarikat-syarikat setempat boleh mempertingkat kawalan antirasuah mereka dengan mengamalkan SS ISO 37001.



Piawaian sukarela ini yang berdasarkan amalan baik yang diiktiraf antarabangsa, memberi panduan yang dapat membantu syarikat-syarikat Singapura mengukuhkan lagi sistem dan proses pematuhan antirasuah mereka, selain memastikan pematuhan itu selaras dengan undang-undang antirasuah.



Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Spring Singapore, CPIB dan Majlis Piawaian Singapura itu, ketiga-tiga agensi berkenaan menekankan bahawa Singapura telah membangunkan satu reputasi sebagai hab dagangan dan perniagaan yang dipercayai dan telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selama lebih 50 tahun.



"Ini tidak akan dapat dicapai tanpa sistem yang bersih dan tidak rasuah yang disuntik semangat politik yang padu.



"Sebagai merebut peluang ekonomi masa hadapan, adalah penting untuk syarikat-syarikat Singapura meneroka peluang di luar negara.



"(Untuk itu) SS ISO 37001 membolehkan syarikat-syarikat ini mengukur kewibawaan proses pentadbiran mereka dengan piawaian dan amalan antarabangsa.



"Ini akan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan terhadap produk dan perkhidmatan mereka serta meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran jagat," menurut kenyataan itu.



Jelas mereka, SS ISO 37001 memanfaatkan sistem ISO nasional 37001:2016 - sistem pengurusan antirasuah - Keperluan beserta bimbingan untuk penggunaan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO).



"ISO 37001 mewakili satu kesepakatan global bagi amalan baik untuk pertubuhan-pertubuhan sektor awam dan swasta.



Ia dibangunkan oleh sebuah jawatankuasa ISO merangkumi wakil daripada 61 negara termasuk Singapura," kata kenyataan itu lagi.



Singapura diwakili oleh Kumpulan Kerja terhadap Sistem Pengurusan Antirasuah yang dipimpin oleh CPIB dan merangkumi 11 wakil dari badan-badan pemerintah, persatuan perniagaan dan dewan perdagangan dan golongan akademik.



[1]Pengarah CPIB merangkap Konvenor Kumpulan Kerja terhadap Sistem Pengurusan Antirasuah, Mr Wong Hong Kuan, berkata: "Dengan sekitaran operasi yang menjadi lebih rumi dan kes-kes rasuah lebih bersifat rentas nasional, mengamalkan piawaian baharu SS ISO 37001 akan membantu syarikat-syarikat Singapura membentengi syarikat mereka daripada rasuah.



"Setiap daripada kita punya peranan untuk dimainkan dalam menjadikan Singapura bebas rasuah dan ia kekal sebagai tempat menarik untuk perniagaan dan pelaburan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >