Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem penjagaan kesihatan bagi pekerja migran bakal disediakan tahun depan

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah melantik empat pengendali utama (AO) bagi menyediakan sistem penjagaan kesihatan utama bagi para pekerja migran.



Sebagai sebahagian daripada sistem itu, MOM juga akan memperkenalkan pelan penjagaan utama baru (PCP), yang merupakan satu skim pembiayaan penjagaan kesihatan bagi majikan dan pekerja migran, menurut Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, semalam.



Berucap di majlis menandatangani perjanjian bagi Projek MigrantWell semalam, Dr Tan berkata:



"Kami akan memperkenalkan PCP bagi memberikan ketenangan fikiran bagi pekerja migran yang memerlukan penjagaan perubatan.



"Di bawah PCP, setiap pekerja migran akan dilindungi dengan khidmat penjagaan kesihatan yang disesuaikan dengan keperluan peribadi mereka. Ini termasuk pemeriksaan perubatan bagi pas kerja, rawatan, pemeriksaan kesihatan tahunan dan khidmat teleperubatan."



Dua inisiatif ini yang akan dilaksanakan pada tahun depan bertujuan menyediakan para pekerja migran dengan penjagaan kesihatan bermutu dan dimampui.



Di bawah sistem penjagaan kesihatan yang baru itu, setiap satu dari enam sektor geografi akan dikendalikan oleh AO.



MOM akan melantik tiga penyedia khidmat perubatan - Fullerton Healthcare Group Pte Ltd; SATA CommHealth dan StarMed Specialist Centre Pte Ltd - sebagai AO bagi lima sektor geografi.



Bagi sektor keenam, MOM melantik St Andrew's Mission Hospital (SAMH) sebagai pengendali.



Keempat-empat AO ini mempunyai pengalaman yang berbeza dalam menjaga pekerja migran.



Mereka akan menyediakan khidmat penjagaan kesihatan di pusat-pusat perubatan melengkapi khidmat teleperubatan 24/7 yang disediakan.



Mereka juga akan menyediakan khidmat perubatan yang pantas jika diperlukan di dormitori.



Dalam majlis itu, Yayasan SBF yang, merupakan cabang sosial Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Estet Khoo Teck Puat, Estet Ng Teng Fong dan St. Andrew's Mission Hospital bagi melancarkan Projek MigrantWell.



Estet Khoo Teck Puat dan Estet Ng Teng Fong telah menderma $20 juta bagi projek itu, manakala Yayasan SBF merancang mengumpulkan lagi $15 juta.



Projek itu bertujuan membantu pekerja migran dengan membentuk sebuah badan kebajikan dan pusat perubatan di Penjuru.



Acara itu turut disaksikan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam.




"Kami akan memperkenalkan PCP bagi memberikan ketenangan fikiran bagi pekerja migran yang memerlukan penjagaan perubatan. Di bawah PCP, setiap pekerja migran akan dilindungi dengan khidmat penjagaan kesihatan yang disesuaikan dengan keperluan peribadi mereka. Ini termasuk pemeriksaan perubatan bagi pas kerja, rawatan, pemeriksaan kesihatan tahunan dan khidmat teleperubatan."
- Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >