Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem penjagaan kesihatan utama bagi pekerja migran jelang akhir tahun: See Leng

Jul 01, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH sistem penjagaan kesihatan utama baru bagi pekerja migran akan dilancarkan pada hujung tahun ini demi memastikan golongan pekerja itu mempunyai akses kepada penjagaan tepat pada masanya dan untuk mengurangkan risiko penularan penyakit pada masa depan menerusi pemantauan aktif.

Sistem itu akan menyediakan penjagaan kesihatan dalam enam sektor geografi, dengan setiap sektor akan mempunyai pusat perubatan bagi pekerja migran.

Ini akan dilengkapi dengan pusat perubatan dalam tiga dormitori besar, sekurang-kurangnya dua pasukan klinikal bergerak, serta konsultasi teleperubatan dan khidmat sokongan seperti ambulans dan pengangkutan khas yang disediakan 24 jam sehari.

Setiap sektor itu merangkumi sekurang-kurangnya 40,000 pekerja migran yang tinggal di dalam dormitori dan di luar dormitori, seperti premis kediaman privet.

Satu pengendali utama akan dilantik untuk menyediakan khidmat penjagaan kesihatan bagi setiap sektor geografi itu.

Ini adalah antara butiran yang terkandung dalam dokumen tender diterbitkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di laman pemerolehan pemerintah GeBiz kelmarin, yang meminta saranan bagi penyediaan khidmat penjagaan kesihatan utama kepada pekerja migran.

Penyedia penjagaan kesihatan boleh memberikan saranan untuk beroperasi dalam satu sektor atau lebih.

Ini menyusuli penubuhan 13 pusat perubatan rantau dan dalam dormitori pada tahun lalu bagi memenuhi keperluan kesihatan pekerja migran, yang dilengkapi dengan khidmat teleperubatan 24 jam sehari dan pasukan klinikal bergerak.

Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng (gambar atas), dalam sidang media menerusi Zoom semalam, berkata pemerintah terus meneroka pelan jangka pertengahan hingga panjang demi memastikan operasi penjagaan kesihatan bagi pekerja migran dapat dikekalkan.

Tambah beliau, kosnya juga perlu mampan dan menjimatkan bagi pemerintah, majikan, perniagaan dan pekerja.

"Kami kini sedang meneliti untuk beralih ke pelan sokongan perubatan lebih jangka panjang untuk menyediakan penjagaan lebih menyeluruh dan dipertingkat kepada pekerja migran kita," kata beliau.

"Untuk mempermudahkan perkara ini, MOM telah membuka permohonan bagi saranan (RFP) untuk mengundang entiti perniagaan, pertubuhan bukan pemerintah dan konsortium untuk memberikan saranan dalam menyediakan sistem penyediaan penjagaan utama menyeluruh dan bersepadu yang sesuai dengan keperluan pekerja migran; yang memastikan kesinambungan khidmat penjagaan yang lancar, dan mencegah serta mengurangkan penularan kesihatan awam pada masa depan menerusi pemantauan kesihatan awam aktif," tambah beliau.

Dokumen tender itu antara lain menyatakan penjagaan kesihatan harus disediakan dalam cara "yang mengurangkan segala hambatan budaya dan bahasa untuk mengakses khidmat penjagaan kesihatan".

Ini mungkin termasuk mempunyai doktor dari negara tanah air pekerja migran dan keupayaan penterjemahan pelbagai bahasa.

Dr Tan berkata karyawan kesihatan dari luar negara itu bukanlah untuk menggantikan karyawan setempat, tetapi berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan 13 pusat perubatan rantau dan dalam dormitori yang ada kini, mereka mendapati penting bagi pekerja migran dapat berkomunikasi dengan seseorang yang mereka rasa selesa dari segi bahasa dan budaya.

"Oleh sebab kami telah mengenal pasti jurang ini, kami berpendapat adalah baik untuk membawa masuk bantuan penjagaan kesihatan, penyokong jagaan pesakit untuk membantu melengkapkan penyediaan kontinum jagaan ini agar kami dapat mencapai pendekatan lebih baik, dan kami boleh menguruskan jangkaan, keprihatinan, sikap dan persepsi mereka dengan lebih baik," kata beliau.

Antara lain, pengendali utama akan perlu melaksanakan langkah-langkah untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang boleh dimampui pekerja migran.

Ini mungkin termasuk penyertaan sebagai klinik panel kepada syarikat insurans utama dan pentadbir pihak ketiga untuk mengurangkan bayaran tunai bagi pekerja dengan kad insurans, dan menggunakan ubat-ubatan yang ada dalam senarai ubat bersubsidi Kementerian Kesihatan (MOH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >