Sistem peti surat pintar dilancar di Clementi, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

BERITA

Sistem peti surat pintar dilancar di Clementi

SingPost perkenal projek percubaan setahun guna skrin telefon
Dec 19, 2020 | 05:30 AM

PENDUDUK Blok 202 Clementi Avenue 6 kini akan diberitahu menerusi telefon bimbit mereka jika ada kiriman surat untuk mereka dan surat itu boleh diambil dengan hanya sentuhan skrin telefon.

Mereka merupakan kumpulan yang terpilih dalam projek percubaan selama setahun.

Penduduk hanya perlu melancarkan aplikasi SingPost di telefon mereka untuk menghasilkan kod QR.

Mereka kemudian dapat mengimbas kod di kios PostPal di kolong blok mereka dan surat akan dikeluarkan oleh mesin.

Sistem peti surat pintar SingPost dilancarkan semalam oleh Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pada minggu lalu sembilan daripada 10 isi rumah yang layak di blok tersebut mendaftar untuk mengikuti program percubaan kotak surat pintar itu. Blok ini mempunyai kira-kira 100 isi rumah.

Penduduk akan diberitahu mengenai kiriman surat melalui aplikasi SingPost, yang juga memungkinkan mereka memeriksa jumlah item yang sedang menunggu diambil dan pengguna juga boleh memberi kuasa kepada orang lain untuk mengambil surat itu atas nama mereka.

Sistem kotak surat pintar juga boleh menyusun surat secara automatik dengan tukang pos hanya perlu memasukkan semua surat ke dalam mesin tanpa menyusunnya secara berasingan.

Ini mengurangkan masa yang diperlukan untuk menghantar surat dari 20 minit kepada hanya lima, kata jurucakap SingPost semalam.

Bercakap kepada wartawan, Cik Sim berkata:

"Kami memulakan dengan projek ini dengan kesan yang memberangsangkan. Penduduk telah menunjukkan kesediaan untuk mencuba perkara baru. Saya rasa ini menunjukkan bahawa kita telah sampai pada tahap tertentu dalam pendigitalan."

Ketika ditanya apakah pemerintah merancang untuk meningkatkan lagi perkhidmatan pos, beliau berkata banyak lagi yang boleh diterokai untuk sistem kotak surat pintar yang dapat menjimatkan tenaga kerja.

Percubaan PostPal sepanjang tahun akan dilancarkan secara progresif ke lebih banyak daerah, termasuk satu di utara, bergantung kepada prestasi unit-unit di Clementi serta persetujuan daripada pihak berkuasa, kata SingPost.

Pada pelancaran semalam, Ketua SingPost dan Ketua Eksekutif Perkhidmatan Pos Vincent Phang berkata beliau sangat gembira dengan perkhidmatan baru itu.

"Kami (akan) meneruskan usaha untuk menjangkau masyarakat agar kami dapat pastikan projek ini dapat dibawa kepada penduduk yang lain," tambahnya.

Sejak 11 Disember, kakitangan SingPost ditempatkan di dek kosong Blok 202 untuk memperkenalkan penduduk kepada sistem kotak surat pintar.

Seorang penduduk, Cik Sarina Tan, 62, berkata:

"Sangat mudah dipelajari dan digunakan. Apa yang saya suka adalah saya tidak perlu buka kotak surat setiap hari."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map