SISTEM pusat penjaja perusahaan sosial masih baru dan beberapa syarat tertentu boleh dibincangkan dan diubah, terutama jika ia membebankan penjaja atau memberi sedikit manfaat sahaja.
Namun melebihi itu, pemerintah tidak boleh campur tangan dengan cara yang menjejas pasaran, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.