Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem SafeEntry baru mula operasi di 2,700 lokasi serata S'pura sejak 19 April

Apr 20, 2021 | 05:00 PM



PENGGUNAAN wajib alat pintu masuk SafeEntry di tempat dengan ramai pengunjung mula beroperasi pada Isnin (19 April).



Pusat beli-belah, pawagam, pasar raya dan hospital adalah antara lebih 2,700 lokasi yang dilengkapi dengan sistem baru SafeEntry itu.



Orang ramai kini boleh menggunakan token TraceTogether atau telefon dengan aplikasi TraceTogether pada alat-alat ini bagi mendaftarkan butiran peribadi mereka dalam setiap kunjungan untuk tujuan jejak kontak.



Langkah ini memberi ruang buat TraceTogether menjadi satu-satunya cara mendaftar pengunjung merentasi 200,000 lokasi di Singapura di mana SafeEntry digunakan.



Pada 16 Mac, Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) mengumumkan beberapa tempat pilihan dengan orang ramai perlu melaksanakan kaedah daftar masuk baru, sama ada dengan menggunakan alat fizikal yang dikenali sebagai 'Kekotak Pintu Masak SafeEntry' atau aplikasi SafeEntry (Perniagaan) menjelang 19 April.



Lokasi yang terbabit termasuk pasar terkenal, gedung runcit besar, muzium dan balai seni terpilih, ruang ibadah serta lokasi mesyuarat, insentif, sidang dan pameran yang menampung lebih 100 orang.



Kaedah daftar masuk SafeEntry yang sedia ada iaitu menggunakan imbasan kod QR atau kad pengenalan pengunjung masih boleh digunakan. 



Buat masa ini, ruang awam tidak diperlukan melaksanakan daftar masuk SafeEntry TraceTogether sahaja kecuali bagi acara atau perniagaan yang menjadi sebahagian program pengasas seperti persembahan, pawagam dan pusat hiburan malam terpilih.



Sistem baru yang diperkenalkan ini melancarkan proses daftar masuk di samping mampu mengesan kerosakan token TraceTogether yang dimiliki.



Token yang rosak juga boleh ditukar ganti secara percuma di beberapa lokasi pintu masuk SafeEntry atau kelab masyarakat mulai bulan ini (April).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >