Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem skor PSLE baru: MOE dedah mata potongan sekolah menengah S'pura

Apr 27, 2021 | 05:27 PM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) telah mengeluarkan julat anggaran skor Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) bagi setiap sekolah menengah di bawah sistem penskoran Peringkat Pencapaian (AL) yang baru.



Menerusi julat anggaran skor itu, murid-murid yang bakal menduduki PSLE tahun ini boleh membuat pilihan sekolah daripada sekitar 139 sekolah menengah yang akan mengambil bahagian dalam Latihan Penempatan Menengah 1.



Julat anggaran skor itu berdasarkan keputusan kohort PSLE tahun lalu dan corak pemilihan sekolah mereka, umum MOE hari ini.



Dengan sistem penskoran AL, Skor PSLE kini tidak terlalu membezakan kerana kini hanya terdapat 29 Skor PSLE berbanding dengan kemungkinan lebih 200 agregat di bawah sistem skor-T yang lalu.



Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada siri perubahan yang dilaksanakan kementerian itu dalam mengalihkan tumpuan yang berlebihan terhadap keputusan peperiksaan.  



Dalam latihan penempatan Menengah Satu pula, pelajar dan ibu bapa dinasihati mempertimbang urutan pilihan sekolah menengah mereka dengan teliti.



Ini memandangkan urutan sekolah yang menjadi pilihan merupakan salah satu pematah seri sekiranya pelajar yang mempunyai skor PSLE yang sama ingin merebut tempat terakhir di sekolah tersebut, kata MOE.



Pelajar akan terus mempunyai enam pilihan apabila memilih sekolah menengah mereka dan akan ditempatkan berdasarkan merit akademik di mana pelajar yang mempunyai skor lebih baik akan didahulukan.



Kini berdasarkan sistem penempatan Menengah Satu yang baru, pelajar yang mempunyai skor PSLE yang sama dan ingin merebut tempat terakhir di sekolah pilihan akan dikenakan beberapa pematah seri.



Pertama sekali berdasarkan kewarganegaraan di mana warga Singapura akan diutamakan, diikuti dengan penduduk tetap Singapura dan kemudian pelajar antarabangsa, kata MOE.



Tetapi sekiranya pelajar mempunyai skor PSLE dan status kewarganegaraan yang sama, pelajar yang meletakkan sekolah pilihan itu di kedudukan lebih tinggi akan diutamakan.



Jika kedudukannya pula sama, pelajar akan dikenakan pengundian berdasarkan komputer.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >