Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem tempahan masjid kekal bagi urus ruang untuk jemaah: Masagos

Apr 22, 2023 | 12:17 PM



SISTEM tempahan masjid masih perlu dikekalkan sungguhpun Singapura kini beralih ke tempoh endemik kerana ia cara terbaik untuk mengurus kapasiti bagi masjid-masjid di kawasan yang ramai penduduk Islam.



Ini agar ruang yang digunakan di masjid-masjid sedemikian tidak menjejas keselamatan dan memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadah.



Demikian dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kepada pihak media selepas menunaikan sembahyang Hari Raya Aidilfitri bagi sesi kedua di Masjid Al-Muttaqin pada Sabtu.



Beliau menjelaskan bahawa dengan kapasiti yang terkawal, ia memberikan jemaah keselesaan semasa beribadah, memastikan keselamatan antara satu sama lain dan mengelakkan kesesakan.



Ini di samping langkah kesiapsiagaan untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan penularan wabak.



“Saya harap kami tidak perlu kerahkan sistem tempahan ini (secara mandatori) lagi. Kami baru saja beralih daripada pandemik Covid-19 dan masih sedang menyesuaikan diri berada di kalangan ramai orang.



“Oleh itu, saya gembira kerana ia telah dilakukan dan ditadbir dengan baik, serta dengan kerjasama para jemaah. Saya menerima banyak laporan bahawa kebanyakan masjid dan tempat ibadah tambahan dapat menjalankannya dengan teratur,” jelas beliau.



Beliau turut memuji ketekunan dan daya tahan masyarakat Islam di sini dalam mengharungi cabaran dengan sifat sabar.



Encik Masagos berkata: “Saya bersyukur umat islam dapat menjalani cabaran dan kesusahan dengan tenang dan teratur, sehinggakan kita tidak ada kekecohan.



“Misalnya dalam kita menjalani solat Aidilfitri, peralihan jemaah antara sesi pertama, kedua dan ketiga berjalan dengan baik.”



Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus memastikan sesi solat Aidilfitri berjalan lancar.



“Saya berterima kasih kepada semua relawan, kakitangan dan pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang telah mentadbirkan operasi supaya masyarakat kita dapat menjalankan solat aidilfitri dengan selamat,” tambah beliau.



Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Muttaqin, Encik Mohd Fairus Abd Manaf, berkata sekitar 1,000 jemaah menghadiri sesi kedua manakala sekitar 2,000 jemaah hadir pada sesi pertama solat Aidilfitri – jumlah keseluruhan ini adalah 1.5 kali ganda lebih banyak berbanding 2022.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >