Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI PERTAMA KELONGGARAN SEKATAN COVID-19

Sistem tempahan solat di masjid akan diteruskan: Muis

Apr 27, 2022 | 05:30 AM



SISTEM tempahan solat dan mengadakan sesi solat berjemaah akan terus dilaksanakan di masjid-masjid serata negara, meskipun Singapura sudahpun melonggarkan sekatan Covid-19, terutama terhadap had saiz kumpulan yang ditiadakan.



Ini akan membolehkan jemaah mendapat pengalaman solat yang lebih bermakna dan pada masa yang sama membantu pihak masjid mengawal keadaan bagi mengelak kesesakan.



Demikian menurut Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris, ketika mengumumkan langkah-langkah yang akan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) teruskan sejajar dengan pengumuman pelonggaran sekatan yang diumumkan pemerintah Jumaat lalu.



"Buat masa ini kami masih akan meneruskan sistem tempahan kerana terdapat masjid-masjid yang mempunyai bilangan jemaah yang sangat ramai.



"Jika kami hentikan sistem tempahan sekarang, mungkin masjid-masjid ini perlu menampung bilangan jemaah yang begitu ramai, sehingga terdapat jemaah yang terpaksa solat di luar ruang solat seperti di tepi tangga, kawasan-kawasan di luar pekarangan masjid dan sebagainya. Ini boleh menimbulkan bahaya.



"Oleh itu, tempahan bagi solat Hari Raya nanti masih perlu diteruskan," kata Ustaz Murat ketika ditemui wartawan di Masjid Yusof Ishak semalam.



Beliau menambah Muis akan membuat penelitian terhadap keadaan semasa di masjid-masjid sebelum membuat keputusan sama ada untuk memansuhkan pelaksanaan sistem tempahan ini.



"Lebih-lebih lagi sekarang dengan ketetapan bahawa tempat beribadah boleh beroperasi dengan kapasiti sepenuhnya, kami merasakan sistem tempahan ini perlu diteruskan sehingga kami dapat memahami keadaan dan kami yakin masjid dapat menyediakan ruang yang mencukupi.



"Mungkin masjid-masjid yang tidak mempunyai bilangan jemaah yang tinggi, kita boleh hentikan sistem tempahan secara beransur-ansur.



"Namun buat masa ini, kami masih akan meneruskan sistem ini sehingga diberitahu kelak," kata Ustaz Murat lagi.



Menyusuli pengumuman terbaru pemerintah, Muis semalam menyatakan bahawa 66 masjid-masjid di sini akan menyediakan sebanyak 206,000 ruang bagi solat Hari Raya Aidilfitri secara keseluruhannya, meningkat daripada sekitar 150,000 yang diumumkan minggu lalu.



Meskipun kebanyakan masjid-masjid di sini akan mengadakan dua sesi solat, dan dengan 15 lagi masjid jalankan hingga 3 sesi, Ustaz Murat berkata pihak Muis dan masjid menjangkakan terdapat segolongan masyarakat Islam yang mungkin tidak dapat membuat tempahan untuk solat Hari Raya nanti, atas sebab tempat-tempat sudah dipenuhi mahupun atas sebab kesihatan.



Bagi golongan ini, Ustaz Murat menasihatkan agar mereka tidak seharusnya berasa sedih dan hampa.



"Bagi mereka yang tidak dapat melaksanakan solat Hari Raya berjemaah nanti, saya ingin berikan nasihat bahawa mereka tidak perlu rasa bimbang, tidak perlu rasa kurang selesa dan sebagainya kerana solat hari raya ini boleh sahaja dilakukan sendiri di rumah ataupun berjemaah dengan keluarga.



"Pahalanya sebenarnya sama sahaja dan dalam keadaan situasi tersebut pengorbanan mereka adalah sesuatu yang diambil kira dari segi agama.



"Mereka akan tetap mendapat ganjaran pahalanya yang sama dengan mereka yang melaksanakannya di masjid, insya-Allah," ujarnya.



Sejajar dengan pengumuman terbaru pemerintah, langkah pengurusan keselamatan Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) juga akan ditiadakan bagi 16 masjid, menurut Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >