Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem terowong ganti rangkaian kabel semakin lapuk

Menelan belanja $2.4 bilion, rangkaian terowong baru akan meningkatkan keberkesanan bekalan elektrik
Dec 24, 2017 | 05:30 AM



SEBANYAK lapan litar daripada rangkaian kabel tenaga, yang dibina pada 1980-an, tidak lama lagi akan menjadi terlalu lapuk untuk disenggarakan dan akan secara beransur-ansur digantikan dengan sistem terowong baru.



Kabel ini telah dipasang di bawah jalan raya, dan kerja pembaikan dan peningkatan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan risiko kemalangan - masalah yang akan dielakkan dengan terbinanya rangkaian terowong bawah tanah baru, kata pengarah urusan prasarana dan projek SP Group, Encik Michael Chin.



Beliau menambah, kabel sedia ada sangat lama sehingga perlu diperiksa sekali setiap tiga bulan, yang menambah kos penyenggaraan.



Kekurangan tanah di Singapura bermakna SP Group "tiada pilihan" kecuali membina sistem terowong 60 meter di bawah tanah, kata Encik Chin.



Beliau berkata terowong sedalam 60 meter itu bermakna pemeriksaan kabel tidak akan mengganggu kegiatan di atas tanah.



Mengulas perancangan jangka panjang, Encik Chin berkata projek terowong 40 kilometer itu dirancang agar bertahan sehingga 120 tahun.



Ini merujuk kepada bahagian konkrit dan tetulang struktur.



Bagaimanapun, beliau berkata sukar diramalkan apa yang akan berlaku apabila sistem itu sampai ke penghujungnya, sambil menambah bahawa Singapura kelak boleh mempunyai sistem pengaliran elektrik yang berbeza sama sekali.



SP Group baru-baru ini mengumumkan bahawa Projek Terowong Kabel Pengaliran Bawah Tanah akan siap menjelang Jun depan bagi menjamin rangkaian bekalan elektrik Singapura untuk masa depan.



Menelan belanja $2.4 bilion, rangkaian terowong itu mula dibina pada 2012 pada paras sekurang-kurangnya 60 meter di bawah tanah, atau ketinggian bangunan 20 tingkat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Malah, ada terowong yang dibina pada paras 80 meter di bawah tanah, menjadikannya terowong paling dalam di Singapura, dan antara terowong kabel kuasa paling dalam di dunia.



Rangkaian terowong itu akan mampu menempatkan kabel voltan amat tinggi berukuran 1,200 kilometer - lebih tiga kali ganda jarak antara Singapura dengan Kuala Lumpur, kata syarikat SP Group.



Bagaimanapun, menjelang 2022, SP Group akan meletakkan hanya kira-kira 500km kabel, memberi banyak ruang bagi peningkatan pada masa depan.



Terowong itu juga akan menggunakan alat penderia canggih bagi mengesan api dan resapan air yang boleh membahayakan rangkaian elektrik itu.



Robot, atau kenderaan pemeriksaan automatik, akan bergerak dalam terowong sepanjang 40 kilometer itu untuk mengesan perubahan dalam warna dinding, satu petanda berlakunya pembocoran air.




"Kami tidak mempunyai pilihan.

Jika anda melihat profil Singapura, kami mempunyai MRT yang sekitar 30 meter hingga 40 meter di bawah tanah, dan Sistem Kumbahan Terowong Bawah Tanah (DTSS), yang antara 40 meter hingga 70 meter di bawah tanah.

Jadi kami perlu mengambil ruang di paras 60 meter di bawah tanah."

- Pengarah Urusan Prasarana dan Projek SP Group, Encik Michael Chin.




INFOGRAFIK: SISTEM TEROWONG PALING DALAM SINGAPURA

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >