Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siswa NUS disyaki curi pakaian dalam dari asrama di kampus

Sep 22, 2020 | 10:37 AM



 





SEORANG mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) telah dihadapkan ke mahkamah kerana mencerobohi bilik asrama di kampus untuk mencuri baju dalam milik penghuni perempuan.



Pei Shao Bo, pada Isnin (21 September) dikenakan lima tuduhan menceroboh, empat tuduhan mencuri dan satu tuduhan memiliki filem lucah.



Warga Singapura berusia 25 tahun itu dikatakan mencerobohi bilik yang sama dua kali - sama ada pada 14 Januari atau 16 Januari untuk mencuri coli dan pada 19 Januari untuk mencuri tiga lagi baju dalam.



Mahasiswa itu didakwa mencerobohi satu lagi bilik pada 18 Januari untuk mencuri seluar dalam.



Dia juga memasuki bilik ketiga antara 7 Februari dengan 9 Februari untuk mencuri coli.



Dia dituduh mencerobohi bilik keempat pada 8 Februari, tetapi dokumen mahkamah tidak menyatakan jika ada barangan yang diambil.



Apabila ditanya, Universiti Nasional Singapura (NUS) enggan berkata sama ada mahasiswa itu kekal sebagai pelajarnya atau telah digantung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >