SEBAIK menerima panggilan daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) beberapa hari lalu yang mengeyorkan pelajar di luar negara segera pulang ke tanah air akibat wabak Covid-19 yang semakin menular di serata dunia, Cik Dewi Syaza Aminuddin membatalkan semua perancangan dan mengemas segala barangannya untuk kembali ke Singapura.
Namun, ia bukan keputusan yang mudah bagi mahasiswa yang sedang menjalani program pertukaran pelajar di Universiti Dalhousie di Halifax, wilayah Nova Scotia, di Canada ini.