Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siswa SMU dipenjara 10 bulan, diberi 3 sebatan rotan kerana cabul wanita di bilik darjah

Oct 25, 2021 | 11:52 PM



SEORANG mahasiswa Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dihukum penjara 10 bulan pada Isnin (25 Oktober) dan disebat tiga kali kerana mencabul kehormatan seorang wanita di kampus pada 2019.



Kejadian itu berlaku apabila mereka berdua bertemu untuk belajar bersama di bilik darjah sekitar 1 pagi pada 8 Januari tahun itu. Lee Yan Ru, kini 25 tahun, mengenali mangsa itu di platform media sosial Instagram sekitar sebulan sebelum kejadian.



Sebelum menjatuhkan hukuman pada Isnin, Hakim Daerah Sharmila Sripathy-Shanaz, berkata tahap eksploitasi seksual dalam kes ini tinggi.



Beliau juga menjelaskan sentuhan Lee pada mangsa lebih daripada sentuhan seimbas lalu.



Pada 31 Ogos, hakim mendapati Lee bersalah di atas satu tuduhan mencabul kehormatan menyusuli perbicaraan.



Mangsa yang ketika itu menuntut di universiti lain tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identitinya.



Beliau berusia 20 tahun ketika lelaki Singapura itu mencabul kehormatannya.



Sewaktu perbicaraan yang bermula September tahun lalu, mahkamah diberitahu wanita itu mengenali Lee di Instagram sekitar Disember 2018 dan mereka mempunyai kawan yang sama.



Pada 8 Januari 2019, beliau bertemu Lee di luar Sekolah Ekonomi dan Sains Sosial SMU sekitar 1 pagi dan mereka masuk ke bilik darjah.



Dalam keterangannya, wanita itu menjelaskan Lee beberapa kali meletakkan kakinya ke atas pahanya.



Lee juga cuba merangkulnya sekitar 4 pagi dan beliau mengumpil jari-jemari Lee.



Apabila ditanya Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Andre Chong dalam perbicaraan itu tentang mengapa beliau tidak beredar sahaja, wanita itu menjawab: "Saya tidak meninggalkannya kerana tidak mahu memberi gambaran yang tidak baik atau membuatnya rasa tidak baik. Saya enggan timbul pula permusuhan."



Lee kemudian merangsang dirinya sekitar dua jam selepas itu sedang dia melutut di atas wanita itu yang sedang tidur. Wanita itu kemudian melaporkan perkara itu pada polis sekitar 6.30 pagi.



Wanita itu memberitahu mahkamah selepas melakukan kesalahan itu, Lee mengambil kertas tisu dan mengelapnya.



DPP Chong berkata Makmal Profil DNA Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mendapati kertas tisu itu mengandungi cecair tubuh Lee.



Swab daripada leher dan muka wanita itu juga memberikan hasil sama.



Lee yang memberi keterangan di mahkamah menyatakan dia menyangka perbuatannya itu dipersetujui wanita tersebut.



Memberikan keputusannya pada Ogos, hakim menyatakan Lee tidak menafikan melakukan perbuatan seksual terhadap mangsa.



Sebaliknya, dia mendakwa mangsa itu juga tiada masalah dengan tindakannya dan nampak malu-malu sahaja dengannya.



Hakim Sharmila, bagaimanapun, menyatakan wanita itu sedang tidur apabila Lee cuba melakukan perbuatan seksual ke atasnya. Justeru, beliau tidak berada dalam keadaan mempersetujui perbuatan Lee.



Hakim juga mendapati wanita itu jujur dalam keterangannya dan menambah Lee tahu benar bahawa si mangsa mahu dirinya berhenti daripada melakukan perbuatan itu.



Pada Isnin, mahkamah diberitahu Lee ingin membuat rayuan di atas tuduhan tersebut dan hukuman yang diberikan kepadanya. Dia diberi ikat jamin $20,000.



Di atas kesalahan mencabul kehormatan, seorang pesalah boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda atau dirotan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >