Siswazah hargai sistem pengajian pelbagai disiplin Kolej Yale-NUS
Peroleh hasil memberangsangkan semasa sesi bekerja sambil belajar dan kini sudah dapat pekerjaan di firma runding cara
Jun 03, 2018 | 05:30 AM
SEBELUM ini, Cik Nur Diyanah Kamarudin agak bimbang tidak akan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
Kebimbangannya bukan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, tetapi kerana ijazah yang diperolehinya ialah daripada Kolej Yale-NUS.