Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Siswazah perlu sentiasa tingkatkan kemahiran supaya relevan dengan pasaran pekerjaan

Apr 10, 2018 | 05:30 AM



IJAZAH? Ada.



Kemahiran? Ada.



Pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka? Malangnya, tidak.



Terdapat para pekerja yang terperangkap dalam situasi seperti itu.



Satu kajian terkini Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura (NUS), dengan kerjasama Unit Pentadbiran dan Penyelidikan NTUC dan dibentangkan kepada Persidangan Penyelidikan Buruh pada 2017 mendedahkan statistik membimbangkan tentang siswazah Singapura yang mempunyai pekerjaan tidak sepadan dengan kelayakan mereka.



Ini adalah siswazah yang tanpa sukarela terjerumus dalam pekerjaan tidak sepadan dengan kelayakan mereka (dengan kata lain, bukan dengan pilihan tetapi oleh keadaan di luar kawalan mereka) di mana walaupun bekerja sepenuh masa, mereka meraih kurang dari $ 2,000 sebulan.



Ia adalah Angsa Hitam (Black Swan) di landskap buruh kita.



Berdasarkan sampel penyelidikan 1,626 pekerja Singapura, didapati bahawa dalam saiz sampel ini, terdapat sekumpulan kecil siswazah yang berkelayakan lebih tinggi dari pekerjaan yang biasanya perempuan, tidak mempunyai anak, umur median 35 tahun dengan 10 hingga 15 tahun pengalaman bekerja dan bekerja terutamanya pasaran domestik.



Ini merangkumi sebahagian besar perkhidmatan kesihatan dan sosial, diikuti oleh perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan pendidikan.



Anehnya, walaupun mereka mempunyai pengalaman kerja yang terdahulu, hanya separuh daripada siswazah ini yang merasakan kemahiran mereka diiktiraf di tempat kerja.



Dan lebih daripada tiga suku mengakui bahawa majikan mereka mengiktiraf kelayakan pendidikan mereka, tetapi mereka masih digaji terlalu rendah.



Fakta-fakta ini mungkin memeranjatkan untuk kita dan tidak menghairankan, para siswazah ini merungut kerana digaji kurang dari sepatutnya; mempunyai status yang lebih rendah di tempat kerja daripada apa yang mereka fikir mereka patut; simpanan persaraan yang tidak mencukupi; mempunyai sedikit keyakinan terhadap pendapatan dan keselamatan pekerjaan; dan dalam kes yang lebih serius, kesulitan memenuhi perbelanjaan harian mereka.



Penemuan kajian ini bersesuaian dengan penyelidikan lain yang dilakukan dalam subjek ini di mana terdapat bukti yang jelas tentang para siswazah ini mempunyai rasa harga diri yang lebih rendah, tekanan yang lebih tinggi, dan kurang kepuasan dalam pekerjaan.



Dalam kajian yang sama, ia juga mendapati bahawa kecuali isu-isu kesihatan yang juga lazimnya berlaku di kalangan para siswazah ini - mereka menyatakan kesanggupan yang sama untuk mempelajari kemahiran baru, kemahiran semula atau kemahiran yang mendalam seperti rakan-rakan mereka dalam tenaga buruh (iaitu semua peserta tinjauan yang lain).



Penemuan penyelidikan juga mendapati bahawa para siswazah ini lebih terbuka kepada pengalaman baru dan lebih teliti bekerja berbanding rakan sejawat mereka.



Ini menepis persepsi yang lazim bahawa para siswazah ini biasanya mempunyai sikap yang kurang baik, dan ini menjadikan sukar untuk mereka mendapatkan pekerjaan yang sesuai.



Malah, ia jelas menggambarkan semangat mereka untuk mencapai lebih dalam kerjaya mereka (dan mendapat gaji yang lebih tinggi apabila mereka mencapainya)



Penyelidikan lain telah menunjukkan bahawa bekerja tidak sepadan dengan kelayakan di kalangan siswazah dijangka akan memberi impak yang lebih buruk kepada ekonomi, sosial dan psikologi.



Bekerja dalam situasi ini dalam jangka panjang boleh menyebabkan lingkaran ganas kerana pekerja siswazah mungkin kehilangan semangat dan keyakinan untuk mengemaskini kemahiran mereka dan tetap relevan dengan tugas yang sepadan dengan kemahiran dan kelayakan mereka.



Dari masa ke masa, para siswazah ini mungkin menjadi semakin pesimis dalam mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan mungkin merasa terperangkap dalam pekerjaan mereka sekarang.



Ini akan menjadikan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap ini kecuali mereka dilatih semula atau membina semula kemahiran.



Kadangkala, peluang mungkin kurang atau mungkin tidak dapat dilihat oleh para siswazah ini.



Oleh yang demikian, apa yang mereka perlukan adalah panduan ke arah yang betul untuk membantu mereka mencari semula pilihan ini dan kembali ke arah yang betul.



Pada masa lain, mereka mungkin terlalu cepat untuk mengambil apa-apa tawaran pekerjaan yang datang untuk mendapatkan pendapatan bagi membayar bil mereka dan perbelanjaan harian.



Kumpulan ini kemudiannya mendapati diri mereka terjebak dalam peranan pekerjaan yang lebih rendah dan mungkin mendapati ia semakin sukar untuk keluar selepas menyesuaikan diri.



Dalam semua senario ini, isu dasarnya adalah bahawa para siswazah ini tidak digaji dengan secukupnya.



Untuk mengabaikan fakta ini bermakna meninggalkan mereka terbuka untuk dieksploitasi dengan lebih lanjut yang hanya memburukkan keadaan mereka.



Melihat kesulitan mereka dari luar, seseorang dapat dengan mudah berasa empati dengan mereka.



Dengan pengalaman dan kemahiran kerja yang mereka perolehi melalui bertahun-tahun mereka bekerja, agak jelas bahawa mereka mempunyai kemahiran terpendam yang perlu dipupuk dan dimanfaatkan.



Kerajaan telah memperkenalkan banyak program di bawah inisiatif Adapt and Grow untuk membantu golongan profesional yang bertukar kerjaya seperti Program Penukaran Profesional untuk membantu karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) memperoleh kemahiran baru dan berpindah ke pekerjaan baru dengan prospek dan perkembangan yang lebih baik.



Workforce Singapore juga menjalankan Program Sokongan Kerjaya yang memberikan insentif kepada majikan untuk menggaji PME yang berpengalaman, matang, terutama mereka yang telah bekerja tidak sepadan dengan kelayakan mereka, dengan memberi subsidi pada gaji mereka.



Dengan semua program ini, persoalannya ialah sama ada para siswazah ini menyedari skim ini. Mungkin, pendekatan sasar diperlukan untuk membantu golongan siswazah ini.



Sebagai permulaan, kita perlu mencari mereka dan memberi kaunseling kerjaya untuk menggalakkan para pekerja ini mencari pekerjaan yang lebih baik.



Laporan penyelidikan mencadangkan keperluan untuk pengiktirafan kemahiran yang lebih baik oleh majikan dan kesedaran yang lebih tinggi mengenai bidang untuk meningkatkan kemahiran.



Ia juga menunjukkan keperluan untuk mengenal pasti kumpulan siswazah yang sangat terjejas ini menggunakan pelbagai petunjuk dan menawarkan program yang membantu individu-individu ini menangani isu-isu kerja dan kesihatan.



Secara keseluruhan, golongan ini menyatakan lebih banyak kesukaran kesihatan berbanding rakan sejawat mereka yang ditinjau.



Ini menunjukkan bahawa keadaan mereka mungkin disebabkan ketidakupayaan mereka untuk menguruskan permintaan kerja yang lebih mencabar disebabkan oleh kesihatan yang buruk.



Ia juga berpendapat bahawa individu yang bukan secara sukarela berada dalam golongan ini memerlukan lebih banyak bantuan dan sumber.



Individu-individu ini juga akan mendapat manfaat daripada kombinasi kemahiran peningkatan yang didorong oleh tujuan sasaran pekerjaan yang jelas, dan bimbingan hidup, katanya.



Saya bersetuju dengan semua kenyataan di atas.



Sangat setuju, sebenarnya.



Walaupun saiz sampel dalam kajian mungkin kecil, penemuan dari kajian ini memberi kita gambaran tentang masalah yang kebanyakan kita percaya bahawa masyarakat maju seperti kita tidak akan menghadapi.



Sama ada "siswazah miskin" adalah sebahagian daripada mereka yang tidak dipedulikan atau menjadi mangsa keadaan yang tidak diingini, saya fikir kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa berfikiran terbuka.



Pendapatan kurang daripada $2,000 akan meletakkan mereka di bawah persentil pendapatan ke-20.



Ia adalah satu perkara jika anda tidak mendapat akses kepada pendidikan yang baik tetapi, mendapat akses tetapi tidak menerima pulangan ia harus dianggap sebagai masalah yang perlu disiasat.



Sekiranya pendidikan adalah tangga untuk mobiliti sosial, kita perlu mengetahui dengan tepat bagaimana ia boleh memberikan kita mobiliti dan memastikan bahawa kita tidak jatuh dari tangga sepenuhnya.



Sebagai ekonomi yang dikuasakan oleh sumber-sumber rakyat kita, kita harus membantu kumpulan berpotensi ini untuk meningkatkan tahap pekerjaan mereka.



Sekiranya masalah kesihatan merupakan faktor penyumbang utama ketidakupayaan mereka untuk menjalankan pekerjaan tertentu, maka majikan harus digalakkan untuk merancang semula pekerjaan-pekerjaan ini.



Ini adalah salah satu cara yang kita dapat membantu golongan para siswazah ini.



Di pasaran kerja hari ini, ketidaktentuan boleh menimpa sesiapa sahaja.



Saya fikir tidak ada sesiapa yang mengatakan golongan para siswazah ini patut dipersalahkan.



Kemajuan dalam teknologi, kecerdasan buatan, malah perubahan pasaran menyebabkan perubahan berterusan yang mengancam masa depan kerja, dan seterusnya, rezeki kita.



Ini adalah realiti yang membimbangkan yang dihadapi setiap pekerja.



Kuncinya adalah untuk menjaga diri kita sebanyak mungkin. Mengikuti semua kerja baru yang diwujudkan di bawah Perancangan Perubahan Industri (ITM) adalah permulaan yang baik dan merebut peluang-peluang untuk membina semula kemahiran atau memperbaiki kemahiran akan mengarahkan kita ke arah yang selamat.



Di samping itu, saya harap kajian ini merupakan peringatan yang baik kepada semua bahawa duduk dengan selesa untuk terlalu lama dengan set kemahiran yang anda ada mungkin berpotensi untuk mengurangkan kemahiran anda, menjadikan anda tidak relevan untuk keperluan perniagaan-perniagaan pada masa akan datang.



Itulah sebabnya Pergerakan Buruh selalu menganjurkan kedua-dua pekerja dan syarikat untuk berfikir ke hadapan dan sentiasa merancang untuk meningkatkan kemahiran. Ijazah dari universiti terbaik tidak dapat melindungi anda jika set kemahiran anda sudah menjadi tidak relevan.



Sentiasa belajar semula dan bina semula kemahiran kerana ianya adalah pakej insurans yang lebih baik untuk keselamatan pekerjaan.



Untuk pembuat polisi, awasi Angsa Hitam ini.



Dengan ijazah universiti atau pengalaman beberapa tahun dalam perkhidmatan, tiada siapa yang ingin bekerja sepenuh masa dan hanya berpendapatan kurang dari $ 2,000 sebulan.



Namun, terdapat pekerja yang terperangkap dalam situasi seperti itu.



Situasi golongan para siswazah ini boleh menjadi masalah struktur baru yang menuntut penyelesaian struktur.



Walaupun semua ITM telah diumumkan, kami memastikan ia berfungsi dan manfaat dirasai oleh pekerja.



Ijazah? Ada.



Kemahiran? Ada.



Sikap positif terhadap kerja? Ada.



Keterbukaan? Ada.



Keberhemahan? Ada.



Kesediaan untuk meningkat kemahiran, membina semula kemahiran, mendalami kemahiran. Ketiga-tiganya Ada.



Jadi, tentunya, mereka dapat menjamin tempat dalam pekerjaan di bawah salah satu daripada 23 ITM? Tentunya kan?



  • Penulis Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol.


 "Itulah sebabnya Gerakan Buruh selalu menganjurkan kedua-dua pekerja dan syarikat untuk berfikir ke hadapan dan sentiasa merancang untuk meningkatkan kemahiran. Ijazah dari universiti terbaik tidak dapat melindungi anda jika set kemahiran anda sudah menjadi tidak relevan. Sentiasa belajar semula dan bina semula kemahiran kerana ianya adalah pakej insurans yang lebih baik untuk keselamatan pekerjaan. Dengan ijazah universiti atau pengalaman beberapa tahun dalam perkhidmatan, tiada siapa yang ingin bekerja sepenuh masa dan hanya berpendapatan kurang dari $ 2,000 sebulan."
- Encik Zainal Sapari Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Kongres Sekerja Kebangsaan (NTUC), Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >