Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-G

Siswazah seronok belajar & buru minat

Konvokesyen penuh makna bagi anak sulung keluarga 7 beradik
Dec 18, 2021 | 05:30 AM



Seramai 2,921 orang pelajar dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang menamatkan pengajian mereka tahun lalu akhirnya dapat menghadiri upacara konvokesyen. Ia sepatutnya diadakan pada Julai 2020 tetapi ditangguhkan kerana Covid-19. SMU akan melaksanakan enam sesi secara keseluruhan bermula Rabu lalu, supaya semua graduan berpeluang naik ke pentas untuk menerima ijazah mereka. BERITA HARIAN menemu bual dua pelajar di upacara tersebut.



ANAK sulung tujuh beradik dan yang pertama untuk lulus pengajian universiti, Cik Norullayaley Md Ikbal, 24 tahun, menyifatkan kejayaan itu bukan sahaja miliknya tetapi milik keluarganya juga.



Ia satu kebanggaan bagi keluarganya, katanya.



Oleh itu, upacara konvokesyen yang diumumkan akan dilancarkan tahun ini oleh Universiti Pengurusan Singapura (SMU) lebih bermakna baginya, walaupun sudah tertangguh setahun.



Cik Norullayaley telah menghadiri sesi upacara itu semalam dan meraih kelulusan Cum Laude dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dalam bidang psikologi dan dasar serta pengurusan awam.



Cik Norullayaley memberitahu bahawa ibu bapanya amat gembira di atas kejayaannya itu.



"Ibu bapa saya tidak pernah memberi tekanan untuk saya berjaya atau ke universiti, ia adalah sesuatu yang saya inginkan sendiri," ujar beliau kelmarin ketika ditemui Berita Harian.



Di samping itu Cik Norullayaley juga mengongsi bahawa ibu bapanya sangat menyokong apa jua yang diceburinya demi mencapai kejayaan.



Menurut beliau, adik beradiknya yang lain juga kini berjaya dalam minat mereka tersendiri. Seorang pereka grafik dan model yang berbakat dan dua lagi memiliki label fesyen.



"Yang lagi tiga masih bersekolah, namun giat dalam bidang sukan dan tarian.



"Saya seorang nerd (selenge) dalam keluarga dan mereka tidak pernah gagal untuk mengingatkan saya mengenainya," selorohnya.



Kini, Cik Norullayaley bekerja sebagai pakar keselamatan siber di Govtech dan meluahkan bahawa ia tidak mudah mendapatkan pekerjaan tersebut dan agak sukar pada mulanya memandangkan latar belakangnya tidak begitu relevan dengan jawatannya.



"Saya jenis yang cepat tangkap (menguasai sesuatu ilmu). Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk mengambil kursus berkenaan teknologi untuk meningkatkan kemahiran apabila bekerja nanti," jelas beliau.



Cik Norullayaley kemudian berkongsi mengapa beliau memilih SMU sebagai sekolah pengajian tingginya.



"Pedagogi dan gaya pembelajaran di SMU adalah faktor utama. Saya amat menghargai kelas yang interaktif antara guru dengan pelajar, perbincangan aktif dalam kelas dan banyak lagi.



"SMU juga memberi kesempatan untuk mengambil dua jurusan dari fakulti berlainan, dan ini turut memainkan peranan mengapa ia menjadi pilihan saya," jelas beliau.



Mengulas lebih lanjut akan kejayaannya ini, beliau menghargai segala bantuan yang diberikan dari anggota keluarga serta rakan-rakan yang telah berada di sisinya dalam masa susah mahupun senang.




"Saya jenis yang cepat tangkap (menguasai sesuatu ilmu). Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk mengambil kursus berkenaan teknologi untuk meningkatkan kemahiran apabila bekerja nanti."
- Cik Norullayaley Md Ikbal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >