Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siswi Cina tekad kuasai bahasa Melayu

Aug 25, 2018 | 05:30 AM



SETIAP guru mahu lakukan yang terbaik buat anak muridnya. Walaupun ini bermakna beliau perlu keluar daripada zon keselesaannya.



Bagi Cik Tan Yi Xuan, bahasa Melayu bukan bahasa ibundanya. Namun, semata-mata ingin anak murid kelas tuisyen beliau lebih memahami apa yang dipelajari, beliau sanggup mengajar subjek Matematik dalam bahasa Melayu.



Mujur mahasiswi tahun keempat di Universiti Nasional Singapura (NUS) itu pernah mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga di bangku sekolah menengah dahulu.



"Sebenarnya saya sendiri tidak yakin dengan penggunaan bahasa saya.



"Tetapi mereka memberi saya lebih perhatian setelah saya berbicara dengan mereka dalam bahasa yang mereka lebih selesa gunakan," kata Cik Tan yang mengajar tuisyen itu di bawah program yang membantu pelajar yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.



Belia berumur 22 tahun itu berkata peristiwa bersama murid-murid darjah satu dan dua beliau membuka matanya kepada kepentingan menguasai bahasa ketiga.



Waktu itu, beliau masih pelajar tahun pertama di NUS.



Oleh itu, ia menjadi salah satu pemangkin semangatnya untuk mempelajari semula bahasa Melayu.



"Tambahan, saya pernah mempelajari bahasa Melayu empat tahun sebelumnya. Kalau tidak diteruskan, sayang," tambah pelajar jurusan Geografi itu.



Sejak tahun keduanya di NUS, Cik Tan telah mengambil Bahasa Melayu yang ditawarkan Pusat Pengajian Bahasa (CLS).



Menurut Cik Tan, ia tidak terlalu sukar bagi beliau menguasai bahasa itu semula kerana sudah ada asas.



Disebabkan beliau cemerlang dalam mata pelajaran tersebut, Cik Tan menerima Hadiah Bahasa Melayu CLS yang disampaikan sempena Majlis Anugerah Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS) yang dijadual berlangsung hari ini.



Hadiah buku bernilai $300 ini dianugerahkan kepada mahasiswa yang paling cemerlang dalam Bahasa Melayu.



Meskipun berbangsa Cina, Cik Tan mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik.



Oleh kerana tidak mempunyai ramai rakan Melayu beliau perlu rajin mengamalkan bahasa tersebut secara sendiri di luar darjah.



"Saya juga sanggup menukar tetapan bahasa telefon saya ke Bahasa Melayu!" ujarnya.



Beliau yang kini sudah tamat peringkat 5 bagi modul bahasa Melayu di NUS, berhasrat untuk mengambil peringkat 6 yang merupakan peringkat tertinggi yang ditawarkan.



Namun Cik Tan akur bahawa masih banyak lagi yang perlu beliau pelajari.



"Apa yang saya pelajari adalah bahasa Melayu baku. Tetapi apabila saya buka Facebook dan baca komen-komen orang, mereka menggunakan bahasa pasar...



"Jadi cabarannya adalah untuk memahami bahasa pasar berdasarkan ilmu bahasa baku yang saya pelajari," ujarnya.



Bagi beliau, mempunyai penguasaan bahasa ketiga akan memberi beliau kelebihan tatkala menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.



Oleh itu, beliau berkata perlu baginya untuk terus praktikkan bahasa ini.



"Saya perlu mendisiplinkan diri...



"Baca suratkhabar Melayu, tonton berita Melayu dan teruskan hubungan saya dengan bahasa ini," ujarnya positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >