Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIT lantik presiden baru berkuat kuasa 1 Jan

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



INSTITUT Teknologi Singapura (SIT) telah melantik Profesor Chua Kee Chaing sebagai presidennya yang ketiga.



Dalam satu kenyataan semalam, universiti itu berkata Profesor Chua, yang kini merupakan timbalan presiden (akademik) dan provost SIT, akan dilantik sebagai pengganti presiden mulai 1 September.



Pelantikan itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.



Profesor Chua mengambil tempat Profesor Tan Thiam Soon, yang mengundur diri setelah sembilan tahun menyandang peranan tersebut.



Profesor Tan, presiden kedua SIT, menyertai universiti itu pada awal 2013 dan membantunya menjadi universiti berautonomi kelima negara pada Mac 2014.



Beliau juga melancarkan program SIT sendiri tahun itu dan memperkenal Program Bekerja Sambil Belajar Bersepadu sebagai program khas universiti tersebut.



Sementara itu, Profesor Chua menyertai SIT pada September 2019 dan telah menerajui pembangunan universiti itu dalam bidang termasuk pembelajaran gunaan dan penyelidikan gunaan.



Beliau juga telah memulakan pelbagai inisiatif untuk memperdalam pedagogi pembelajaran gunaan SIT, seperti menyusun semula struktur akademik menjadi kelompok fakulti dan program.



Sebelum menyertai SIT, Profesor Chua merupakan dekan Fakulti Kejuruteraan di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Sepanjang kerjayanya selama 30 tahun di NUS, beliau juga memikul jawatan sebagai naib dekan untuk penyelidikan di Fakulti Kejuruteraan dan ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Komputer, antara lain.



Dalam pada itu, naib provost SIT, Profesor John Thong, pula akan menggantikan Profesor Chua sebagai timbalan presiden (akademik) dan provost, dalam pelantikan yang bermula pada 1 Januari depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >