Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

SIT perkenal dua kursus baru - AI dan rantaian bekalan digital

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR baru di Institut Teknologi Singapura (SIT) kini boleh mendaftar untuk dua kursus baru dalam kecerdasan buatan (AI) dan rantaian bekalan digital.



Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Gunaan Kecerdasan Buatan (AAI) dan dalam Rantaian Bekalan Digital (DSC) yang dilancarkan pada tahun akademik baru itu adalah program kepujian langsung selama tiga tahun, kata universiti itu kelmarin.



Dalam kurusus AAI, pelajar akan dibimbing melaksanakan AI dalam sistem perisian, manakala kursus DSC akan memberi tumpuan kepada teknologi yang baru muncul dalam sektor logistik dan rantaian bekalan, yang masih menjalani transformasi digital lapor The Straits Times.



Setiap program akan bermula dengan 40 pelajar.



"Kurikulum berintensif projek yang kami reka meletakkan industri sebagai teras pembelajaran pelajar kami," kata Timbalan Presiden (Akademik) dan Provos SIT, Profesor John Thong.



SIT juga merupakan universiti autonomi kelima Singapura dan yang pertama memberi tumpuan kepada pembelajaran gunaan.



"Dengan menambah tahap intensif dan memperdalamkan latihan mereka melalui pendedahan industri di pelbagai tahap pembelajaran, kami menyemai minda pelajar melalui pembelajaran dan meningkatkan kesediaan mereka untuk menghadapi industri."



AI dikenal pasti sebagai teknologi utama untuk transformasi Negara Bijak Singapura dalam Strategi Kecerdasan Buatan Nasional 2019, kata SIT.



Beberapa inisiatif telah disediakan, termasuk latihan untuk seramai 25,000 profesional mahir AI menjelang 2025.



Perbelanjaan seluruh dunia untuk sistem AI juga dijangka melonjak daripada AS$85.3 bilion ($115.5 bilion) pada 2021 kepada lebih AS$204 bilion pada 2025, menurut laporan penyedia risikan pasaran global International Data Corporation yang diterbitkan pada Ogos 2021.



Program DSC direka bentuk melalui perundingan dengan rakan kongsi utama seperti ST Logistics, YCH Group, Y3 Technologies dan Persatuan Logistik Singapura (SLA), kata universiti itu.



Lonjakan permintaan untuk perkhidmatan e-dagang dan penghantaran juga telah mempercepatkan penggunaan sistem bersepadu yang menggunakan automasi dan pendigitalan seperti AI, Internet of Things (IoT) dan robotik, yang memberi kelajuan dan kecekapan lebih tinggi pada pergudangan dan pengangkutan.



Sementara itu, program bersama Kejuruteraan Marin, Seni Bina Tentera Laut dan Kejuruteraan Luar Pesisir yang ditawarkan SIT dan Universiti Newcastle akan digabungkan menjadi Sarjana Muda Kejuruteraan selama tiga tahun dengan Kepujian dalam Seni Bina Laut dan Kejuruteraan Marin (Name).



Pelajar dalam program AAI, DSC dan Name akan mengambil bahagian dalam program pembelajaran pekerjaan bersepadu, lampiran kerja selama lapan bulan di mana mereka boleh menimba ilmu daripada pakar dalam industri.



Ketua sumber manusia kumpulan di YCH Group, Cik Annie Lam, berkata:



"SIT mempunyai sejarah yang mantap dalam menyediakan graduan persiapan untuk bekerja, dan kami percaya bahawa kerjasama kami dengan menggabungkan pengalaman dan kerja langsung dalam kurikulum akan memberikan para graduan kelebihan daya saing semasa memulakan kerjaya mereka."



Permohonan kemasukan ke SIT bagi tahun akademik 2022 yang bermula pada 5 September kini dibuka sehingga 19 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >