Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIT tawar program ijazah kejuruteraan automasi

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



INSTITUT Teknologi Singapura (SIT) akan menawarkan satu program ijazah baru bagi memenuhi permintaan dalam bidang kejuruteraan automasi di masa hadapan.



Menerusi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Sistem Robotik, pelajar akan dilatih mengembangkan lagi penggunaan sistem robotik selain mengendalikannya.



Menurut SIT dalam satu kenyataannya semalam, program empat tahun itu telah dirancang dengan rundingan bersama rakan-rakan utama seperti Program Robotik Nasional (NRP) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).



"Robot tidak lagi hanya beroperasi di dalam kilang, tetapi juga diperlukan untuk bekerja di samping manusia dalam berbagai tugas di luar," kata Timbalan Presiden (Akademik) dan SIT, Profesor Chua Kee Chaing.



Statistik Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menunjukkan lebih 4,400 robot industri telah digunakan dan dipasang pada 2017, sekali gus menunjukkan peningkatan 72 peratus berbanding 2016.



Digunakan secara menyeluruh dalam industri perkilangan.



Ketua Eksekutif NRP, Profesor Quek Tong Boon, berpendapat keperluan menggunakan robot akan bertambah dalam masa beberapa tahun mendatang.



"Dengan kemajuan teknologi yang membolehkan robot berinteraksi secara lebih semula jadi, cerdas dan selamat dengan manusia di dalam persekitaran yang mempunyai ramai tenaga kerja manusia, kita boleh menjangka lebih banyak robot di sektor perkhidmatan dan ruang awam kita," kata beliau.



Naib Presiden dan Ketua Kumpulan Strategi Perkilangan Maju di EDB, Cik Fong Pin Fen, pula berkata robotik dan automasi adalah bidang fokus utama bagi Singapura yang akan mewujudkan peluang pertumbuhan baru yang membolehkan transformasi industri di sini.



Beliau berkata: "Singapura kini mempunyai syarikat robotik, penyatuan sistem dan institusi penyelidikan yang semakin berkembang.



"Ini membolehkan kita merancang, mengembangkan serta membolehkan penerapan solusi robotik di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan."



Seramai 40 pelajar akan dipilih untuk mengikuti kohort pertama program ijazah yang akan dimulakan September nanti.



Antara yang bakal mereka pelajari termasuk mengerahkan elemen integratif, seperti kejuruteraan perisian dan kecerdasan buatan (AI), untuk menghubungkan beberapa elemen mekatronik bersama untuk membentuk sebuah sistem robotik yang lengkap.



Di samping itu, mereka juga akan mengambil bahagian dalam dalam Program Kajian Kerja Bersepadu, yang merupakan program kerja sambil belajar selama 12 bulan. Mereka akan dibimbing oleh pakar dalam industri tersebut.



Permohonan bagi mengikuti program ini untuk tahun akademik 2021 kini dibuka sehingga 19 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >