WALAUPUN Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini membahasakan dirinya "Akak" bersama penyanyi lebih muda dek penglibatan dua dekadnya dalam bidang seni, beliau tetap 'orang lama' yang kekal segar sebagai artis terunggul dan terbaik.
Segalanya terbukti di majlis gilang-gemilang Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (PWTC), malam kelmarin.