Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skandal daging Brazil: FairPrice minta penjelasan daripada pembekal

Mar 20, 2017 | 10:39 AM



RANGKAIAN pasar raya NTUC FairPrice berkata pada Isnin (20 Mac) ia sedar mengenai siasatan yang sedang dijalankan terhadap dua syarikat di Brazil yang membekalkan produk ayam ke pasar rayanya dan peruncit lain di sini.



FairPrice juga berkata ia sedang meminta penjelasan daripada pembekal mengenai perkara itu.



Dua syarikat itu ialah gergasi makanan Brazil, BRF, yang memiliki jenasma Sadia dan Perdigão, dan JBS, sebuah syarikat global dalam jualan daging yang juga pemilik jenama Big Frango, Seara Alimentos dan Swift.



Jumaat lalu (17 Mac), polis Brazil berkata siasatan dua tahun mendapati pengeluar daging utama menyogok pemeriksa kesihatan di negara itu untuk mengesahkan makanan tercemar sesuai dimakan.



Setakat ini, polis telah menangkap sekurang-kurangnya 30 orang yang dikatakan terlibat, menyerbu lebih 12 kilang pemprosesan sdan mengeluarkan 27 waran tangkap. Sebuah kilang pemprosesan ayam itik yang dikendalikan oleh BRF dan dua kilang pemprosesan daging yang dikendalikan oleh syarikat tempatan Peccin telah ditutup, kata Kementerian Pertanian.



Sebanyak 21 premis sedang di bawah penyiasatan, dan kementerian memecat 33 pegawai yang didakwa terlibat dalam skandal itu.



Kira-kira 150 negara membeli daging dari Brazil, dengan pasaran utama yang meluas, seperti Singapura, Arab Saudi, China, Jepun, Russia, Belanda dan Italy.



Brazil mengeksport kira-kira AS$5.9 bilion ($8.3 bilion) daging ayam dan AS$4.3 bilion daging lembu pada 2016, menurut data pemerintah Brazil.



"NTUC FairPrice sedar tentang siasatan yang sedang dijalankan di JBS SA dan BRF SA di Brazil," kata seorang jurucakapnya sebagai respons kepada pertanyaan.



"Sebagai peruncit bertanggungjawab, kami mengambil sangat serius hal mutu dan keselamatan makanan. Kami sedang berhubungan dengan pembekal kami untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka sementara menunggu hasil siasatan pihak berkuasa, sambil kami memantau perkara itu dengan teliti."



Mentor Persatuan Penjual Daning, Encik Chung Suan Lim, yang juga presiden badan itu selama lapan tahun, berkata pemeriksaan dengan rangkaian pengimport di sini tidak menunjukkan sembarang aduan mengenai import dari Brazil setakat ini.



Beliau berkata Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) hanya meluluskan kilang pemprosesan tertentu dalam syarikat-syarikat ini. Pemeriksaan juga sedang dijalankan untuk melihat apakah kilang terjejas adalah dari yang diluluskan AVA, katanya.



Menurut senarai negara yang diluluskan AVA mengeksport produk daging mentah dan proses serta telur proses, ke Singapura, Brazil dibenarkan mengeksport daging lembu, babi dan ayam ke sini. Tetapi daging itu mesti diperoleh daripada pertubuhan yang diluluskan AVA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >