Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sketsa lucu cerminkan kisah harian pengguna

Jun 17, 2020 | 05:30 AM



SKETSA jenaka lucu merupakan kandungan yang paling popular buat ramai pengguna di Tik Tok.



Beberapa pengguna belia yang dihubungi Berita Harian baru-baru ini berkata, 'masyarakat' dalam wadah media sosial itu amat menyokongi antara satu sama lain dan mereka tidak rasa segan menampilkan diri sebagai pelawak.



Namun di sebalik sketsa lucu itu, sebenarnya mencerminkan antara pengalaman seharian yang dihadapi golongan belia, sama ada di sekolah atau pengalaman yang mereka melalui bersama generasi lebih tua, kata Cik Nashua Baledram, 19 tahun, yang dikenali sebagai @nashuabale.



"Terdapat pelbagai kandungan Tik Tok, daripada perkongsian resipi makanan seperti trend dalgona coffee, hobi reka bentuk, tips gaya hidup dan sebagainya, tetapi yang paling digemari ramai adalah jenaka lucu," kata pelajar jurusan psikologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu yang mempunyai 13 ribu pengikut di Tik Tok.



"Kandungan yang sering menarik perhatian orang ramai adalah video tarian berdasarkan irama muzik yang disediakan dalam aplikasi itu atau sektsa pendek yang dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian semua individu," tambahnya lagi.



Misalnya, kebanyakan video yang ditawarkan Cik Nashua menunjukkan bagaimana beliau mengendalikan hubungannya bersama teman seperti cabaran dibuli oleh rakan sekolah atau apabila beliau dimarah ibu bapa dan sebagainya.



"Setiap individu tentu pernah melalui peristiwa seperti itu, namun dengan kemudahan filter gambar dan muzik, yang membuatnya lebih menarik, isu serius ini didedahkan secara lucu dan lebih ramai dapat memahami makna yang tersirat dalam video-video itu.



"Mungkin ia turut membolehkan penonton rasa bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi perkara tersebut dan itu bakal menjadi sumber sokongan atau menjadi punca perbincangan antara teman supaya mereka dapat melaluinya dengan positif," jelas Cik Nashua lagi.



Selain beliau, Cik Fatin Zahari, 23 tahun, pelajar bidang Sosiologi di NTU yang turut menerbitkan kandungan serupa, pula berkata:



"Sambutan baik oleh ramai penonton menerima kandungan seperti ini menimbulkan rasa yang menenangkan.



"Ini kerana, kandugan seperti ini sebenarnya bukan lucu sangat tapi kerana ia benar-benar menyentuh perasaan orang ramai dan sekaligus menular dengan pantas, ia menunjukkan bahawa ramai yang melalui cabaran serta pengalaman serupa dengan saya," katanya yang dikenali sebagai @userloser97 dan mempunya 17.3 ribu pengikut.



Bagi Cik Nashua pula, beliau pula berkata:



"Ramai mungkin berfikir tugas penghasilan video pendek itu senang tapi sebelum saya terbitkan video itu, hampir sekitar 40 draf dirakam hingga saya puas hati melihatnya.



Namun, beliau berkongsi kebebasan kreativiti yang menjadi tumpuan utama di Tik Tok membolehkan ramai pengguna mendedahkan kandungan seperti ini tanpa rasa segan tidak seperti di wadah lain.



"Di Instagram misalnya, pengguna harus menjamin kandungan tersusun cantik dan kemas, tapi di Tik Top, penonton sentiasa terbuka dengan idea baru, walaupun idea itu tidak masuk akal!" kata Cik Nashua, sempat berseloroh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >