PELAJAR baru tamat pengajian di politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kini boleh menyertai satu program bekerja sambil belajar yang dapat memberi permulaan baik dalam kerjaya mereka.
Program Bergaji dan Belajar SkillsFuture antara 12 hingga 18 bulan itu akan membolehkan pelajar membangunkan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari di sekolah.